awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengantin lelaki maut tertembak di majlis perkahwinan

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2016
08:39 MYT
Pengantin lelaki maut tertembak di majlis perkahwinan
Seorang pengantin lelaki di negeri Uttar Pradesh di utara India maut tertembak peluru yang dilepaskan oleh tetamu yang sedang meraikan majlis perkahwinannya. -Gambar hiasan
Seorang pengantin lelaki di negeri Uttar Pradesh di utara India maut tertembak peluru yang dilepaskan oleh tetamu yang sedang meraikan majlis perkahwinannya.
Menurut seorang pegawai polis, pengantin Amit Rastogi, 28, parah tertembak di kepala ketika mengetuai rombongan menuju ke rumah pengantin perempuan dalam satu upacara yang menjadi kelaziman dalam majlis perkahwinan India.
"Dia ditembak di kepala kemungkinan oleh seseorang yang berada dalam majlis perkahwinan itu.
"Tetapi kami juga melihat daripada sudut lain, termasuk membunuh," kata Uma Shankar Singh, pegawai penyiasat di daerah Sitapur di mana kejadian itu berlaku, lapor AFP.
Pegawai penyiasat itu berkata pengantin lelaki, yang terjatuh dari kudanya setelah ditembak, dibawa ke hospital di ibu negeri Lucknow di mana doktor mengesahkan kematiannya.
Walaupun diharamkan di India, tembakan ketika keraian di majlis perkahwinan dan acara-acara lain adalah perkara biasa di negara ini, di seluruh Asia Selatan dan di kawasan-kawasan lain.
Pada Isnin, seorang budak lelaki berusia 14 tahun maut selepas ditembak di satu majlis perkahwinan di daerah berjiran Baghpat di Uttar Pradesh.
Pada Februari, seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh di daerah Shamli apabila petugas parti politik melepaskan tembakan bagi meraikan kemenangan dalam pilihan raya perbandaran.
Topic Berkaitan
#Amit Rastogi
#ditembak di kepala
#pengantin lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan