awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh kejam tikam 30 kali, dakwa dirinya gila sewaktu bunuh dua kanak-kanak

Agensi
Agensi
20/04/2018
08:01 MYT
Pengasuh kejam tikam 30 kali, dakwa dirinya gila sewaktu bunuh dua kanak-kanak
Ortega mendakwa dirinya gila sewaktu menikam anak kepada keluarga Krim dan tidak ingin bertanggungjawab atas kejadian tersebut. REUTERS.
Seorang pengasuh mendakwa dirinya dalam keadaan gila dan tidak sedarkan diri ketika membunuh dua kanak-kanak asuhannya dalam kejadian ngeri di New York, Amerika Syarikat pada 2012.
Tertuduh Yoselyn Ortega, 55 tahun, sewaktu dalam pembicaraan mahkamah semalam turut mendakwa dirinya berada dalam keadaan tidak waras ketika dia menikam mati Lucia, 6 tahun sebanyak 30 kali dan Leo, tiga tahun sebanyak lima kali pada Oktober 2012.
Peguambela tertuduh, Valerie Van Leer-Greenberg yang cuba mempertahankan anak guamnya menjelaskan bahawa Ortega mempunyai penyakit mental dan tergesa-gesa ketika dia sedang melakukan pembunuhan itu.
“Penyakit mental dianggap ‘tidak dapat dikesan atau dirasai’ seperti mengalami sakit batuk atau berjalan dalam keadaan tempang.
“Kadangkala penyakit itu datang dalam diri kita dan menyebabkan kita bertindak di luar sedar,” katanya ketika sesi penggulungan, lapor The Guardian.
Namun pihak pendakwaraya menafikan kenyataan tersebut kerana mereka percaya bahawa Ortega berada dalam keadaan sedar ketika membunuh kedua-dua kanak-kanak itu.
“Pesalah melakukan pembunuhan itu kerana atas motif cemburu dan benci terhadap ibu mangsa.
“Sememangnya amat jelas bahawa dia sedar dengan apa yang dia lakukan itu, maka dia bertanggungjawab atas pembunuhan itu," kata pendakwa.
Kejadian tersebut berlaku pada enam tahun lepas, sewaktu Ortega menghantar Lucia untuk kelas menari dan ibu mangsa, Marin Krim ingin mengambil anaknya.
Namun sebaik sahaja tiba, dia dapati Lucia tidak berada dalam kelas menari.
Dia bergegas mencari Ortega di rumahnya dan keadaan berubah tragis ketika dia menemui Lucia dan Leo dalam keadaan berlumuran darah di tandas akibat ditikam.
Ortega juga ditemui dalam keadaan tidak sedar akibat cubaan membunuh diri tetapi tidak menjadi dengan menikam dirinya.
Ortega akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh dan hukuman itu bermula pada bulan depan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anak-anak
#bunuh
#gila
#New York
#pengasuh
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan