Pengeluaran SAF cecah 1.9 juta pada 2025 tetapi lemah tahun hadapan - IATA

Anggaran pengeluaran SAF untuk 2025 adalah semakan ke bawah daripada jangkaan IATA sebelum ini disebabkan kekurangan sokongan dasar untuk memanfaatkan sepenuhnya kapasiti terpasang SAF. - Gambar fail/IATA
GENEVA: Pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) global dijangka mencapai 1.9 juta tan atau bersamaan 2.4 bilion liter tahun ini, dua kali ganda berbanding satu tan yang dihasilkan pada 2024, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ringkasan AI
- Pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) global dijangka meningkat kepada 1.9 juta tan atau 2.4 bilion liter pada tahun ini, dua kali ganda daripada 2024, menurut IATA.
- Namun, pertumbuhan pengeluaran SAF dijangka melambat menjelang 2026, mencapai 2.4 tan, disebabkan kekurangan sokongan dasar yang menyebabkan pengeluaran rendah pada 2025.
- Ketua Ekonomi IATA menegaskan keperluan perubahan arah mandat pengawal selia untuk memastikan kemajuan pengeluaran SAF jangka panjang dan menurunkan kos, serta mengelak daripada berulang kesilapan mandat e-SAF.
"Malahan, pengeluaran SAF pada 2025 mewakili hanya 0.6 peratus daripada jumlah penggunaan bahan api jet, meningkat kepada 0.8 peratus menjelang tahun berikutnya. Pada paras harga sekarang, SAF premium diterjemahkan ke dalam kos bahan api tambahan sebanyak US$3.6 bilion untuk industri pada 2025," katanya.
Ketua Ekonomi dan Naib Presiden Kanan IATA untuk Kemampanan, Marie Owens Thomsen memberitahu adalah jelas bahawa dasar-dasar semasa tidak mempunyai kesan yang diingini memandangkan jumlah pengeluaran SAF yang rendah.
"Dengan fakta-fakta sedemikian, pengawal selia perlu menyesuaikan semula arah bagi menjamin daya maju jangka panjang pengeluaran SAF selain mencapai skala supaya kos dapat diturunkan," katanya pada Hari Global Media IATA yang diadakan di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan bahawa mandat telah melakukan sebaliknya dan adalah keterlaluan untuk mengulangi kesilapan yang sama dengan mandat e-SAF.
Mandat e-SAF adalah peraturan kerajaan, yang memerlukan pembekal bahan api untuk meningkatkan campuran peratusan SAF rendah karbon ke dalam bahan bakar jet, dengan sub-mandat tertentu bagi e-SAF (kuasa-ke-cecair) agar ia mampu memacu penerimaan nyahkarbon penerbangan melalui penggunaan elektrik yang boleh diperbaharui untuk pengeluaran.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


