SHANGHAI: Dalam 5G terus mewujudkan gelombang dengan lebih 1.2 bilion pengguna di seluruh dunia, industri komunikasi telah bergerak ke arah 5.5G dan 6G.
Menurut pemain industri, teknologi 5.5G dijangka meningkatkan keupayaan rangkaian sebanyak 10 kali ganda dan mewujudkan 100 kali lebih banyak peluang perniagaan untuk pengendali.
Pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) tahun ini, yang bermula di sini semalam, pemain komunikasi utama mempamerkan generasi teknologi akan datang.
Antaranya ialah Huawei, yang mempamerkan empat ciri utama 5.5G -- pautan bawah 10 Gbit/s, pautan atas 1 Gbit/s, 100 bilion sambungan dan AI natif.
"Ia (5G) mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan, mewujudkan nilai ekonomi, perindustrian dan sosial yang amat besar," kata Ketua Pegawai Kewangan dan Pengerusi Bergilir Huawei Sabrina Meng Wanzhou, sambil menambah 5.5G merupakan langkah ke hadapan seterusnya.
Syarikat yang berpangkalan di Shenzhen itu, yang mempamerkan produk dan teknologinya di bawah tema "GUIDE to the Intelligent World", turut mengkaji lima bidang sambungan yang dijangka akan disepadukan dengan 5.5G -- sambungan untuk manusia, benda, kenderaan, industri dan rumah.
Menurut pegawai syarikat, Huawei telah mula membantu beberapa pengendali di seluruh dunia untuk memulakan pengesahan komersial 5.5G.
Industri 5.5G dijangka berkembang dengan cepat berikutan pengeluaran pertama standard 5.5G dijangka dibekukan pada separuh pertama 2024 dan teknologi yang berkaitan telah pun disahkan secara meluas.
Kira-kira 300 peserta pameran global mengambil bahagian dalam MWC yang diadakan di Shanghai New International Expo Centre selama tiga hari dan dianjurkan oleh Global System for Mobile Communications Alliance (GSMA).
Menurut laporan media China, negara itu dijangka mencecah satu bilion pengguna 5G menjelang 2030 serta penyelidikan dan ujian sedang dijalankan untuk mempercepatkan teknologinya ke arah 5.5G dan 6G.
China kini mempunyai lebih 2.8 juta stesen pangkalan 5G setakat Mei lepas.
Pada pembukaan MWC pada Rabu, Zhao Zhiguo, Ketua Jurutera di Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China berkata negara itu akan terus menggalakkan penyelidikan dan pembangunan 6G serta meningkatkan penggunaan 5G di lebih banyak industri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
Menurut pemain industri, teknologi 5.5G dijangka meningkatkan keupayaan rangkaian sebanyak 10 kali ganda dan mewujudkan 100 kali lebih banyak peluang perniagaan untuk pengendali. -Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah
Antara penyelesaian yang sedang dipertimbangkan ialah membina jalan raya bertingkat, kaedah yang sangat sesuai untuk muka bumi ini.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Kerajaan sasar REE dapat diproses tiga tahun akan datang - Rafizi
Rafizi berkata, teknologi untuk memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.
TPM Fadillah nasihat masyarakat tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu
Masyarakat perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran tatkala beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi setiap urusan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.
MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.
AIR 2040: Perkasa pengurusan air untuk masa depan rakyat dan negara
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 adalah langkah yang kritikal bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam pengurusan sumber air.