awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan teknik 'deepfake' kian berleluasa menjelang pilihan raya Korea Selatan

Bernama
Bernama
19/02/2024
08:25 MYT
Penggunaan teknik 'deepfake' kian berleluasa menjelang pilihan raya Korea Selatan
Kebimbangan mengenai penyebaran video dan imej palsu atau deepfake yang dihasilkan oleh AI semakin meningkat di Korea Selatan. - YouTube
SEOUL: Berbaki 50 hari lagi sebelum pilihan raya parlimen Korea Selatan diadakan pada April, kebimbangan mengenai penyebaran video dan imej palsu atau deepfake yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat, memaksa pihak berkuasa pilihan raya untuk meningkatkan lagi tahap kewaspadaan.
Menurut Agensi Berita Yonhap, sebanyak 129 keping kandungan media yang dijana AI dikesan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) yang didapati melanggar undang-undang pilihan raya yang baru digubal antara 29 Jan hingga akhir minggu lepas.
Undang-undang itu yang berkuat kuasa pada 29 Jan lepas, melarang penggunaan deepfake untuk tujuan kempen pilihan raya, menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda 10 juta won (US$7,500) jika sabit kesalahan.
Deepfake bermaksud satu teknik untuk merubah rupa paras seseorang pada gambar ataupun video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah.
Undang-undang yang disemak semula itu diluluskan oleh Dewan Negara pada Disember bagi mengekang penyebaran maklumat palsu dan melindungi integriti proses pilihan raya.
Manipulasi deepfake telah digunakan dalam pilihan raya yang lalu apabila video yang dijana AI diedarkan di media sosial yang menggambarkan Presiden Yoon Suk Yeol menyokong calon tempatan daripada parti pemerintah pada pilihan raya wilayah 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Korea Selatan
#pilihan raya
#AI
#kandungan dilarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan