Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis

Muhammad Jazlie berkata belia terperangkap dalam pertarungan untuk memastikan kelangsungan hidup. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Golongan belia masih terperangkap dalam pertarungan untuk memastikan kelangsungan hidup, yang dicerminkan melalui fenomena pekerjaan tidak selaras dengan kelayakan yang diraih.
Ringkasan AI
- Belia berdepan kadar pekerjaan tidak selaras kelayakan sehingga 60%, menyebabkan graduan bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah tanpa pembangunan bakat.Ketidakpadanan pekerjaan ini menjejaskan pulangan pelaburan pendidikan tertiari negara dan menghalang penyertaan belia dalam sektor digital bernilai tinggi.Malaysia berpotensi cipta pekerjaan bermakna melalui kekuatan diplomasi dan pelaburan teknologi, termasuk merangka peranan baharu berasaskan AI untuk masa depan.
“Kita ada graduan sarjana, kemudian jadi pemandu e-hailing. Kita ada graduan ijazah tetapi jadi penghantar makanan. Tidak ada penambahbaikan kemahiran dan pengalaman,” katanya dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Tambahnya, situasi itu juga menyebabkan pelaburan kerajaan untuk mendidik bakat-bakat ini melalui pendidikan tertiari tidak membawa pulangan bernilai tinggi langsung kepada ekonomi negara.
Dalam pada itu, Ketua Khidmat Masyarakat dan Kolaborasi, Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia, Loke Pak-Yen pula berpandangan, Malaysia perlu segera merungkaikan isu berbangkit berkenaan memandangkan negara mempunyai kelebihan tersendiri untuk mewujudkan peluang pekerjaan bermakna.
"Malaysia sangat mahir dalam aspek diplomasi seimbang. Ini menjadikan Malaysia destinasi pelaburan sektor teknologi digital dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk belia pada masa ini. Ia juga mencipta pekerjaan dan masa depan makna.
“Apabila kita mampu jelaskan skop kerja permulaan yang akan digantikan oleh kecerdasan buatan (AI), kita akan mampu mencipta pekerjaan yang lebih bermakna pada masa akan datang,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


