LONDON: Usaha untuk menghantar bekalan makanan yang sangat diperlukan ke utara Gaza diteruskan pada Selasa tetapi "sebahagian besarnya tidak berjaya," kata Program Makanan Sedunia (WFP).
Dalam satu kenyataan, WFP berkata tentera Israel mengarahkan konvoi makanan 14 trak yang pertama oleh agensi itu sejak 20 Feb berpatah balik selepas menunggu selama tiga jam di pusat pemeriksaan Wadi Gaza.
"Walaupun konvoi hari ini tidak berjaya sampai ke wilayah utara bagi menyediakan makanan kepada penduduk yang kelaparan, WFP terus mempertimbangkan setiap cara yang mungkin untuk melakukannya," kata timbalan pengarah eksekutif WFP, Carl Skau.
WFP pada masa sama menegaskan jalan raya sebagai satu-satunya pilihan penting untuk menghantar makanan dalam kuantiti besar ke utara Gaza bagi mengelak kebuluran.
Menurut agensi itu, pada awal Selasa sebanyak enam tan bekalan makanan WFP untuk 20,000 orang penduduk telah digugurkan di utara Gaza dengan bantuan Tentera Udara Diraja Jordan.
"Payung terjun (air-drop) adalah pilihan terakhir walaupun it tidak akan mengelakkan kebuluran. Kami memerlukan pintu masuk ke utara Gaza yang membolehkan kami menghantar makanan yang mencukupi untuk setengah juta orang penduduk yang sangat memerlukan," kata Skau.
Menurut PBB, kelaparan telah mencapai "tahap bencana" di utara Gaza dengan kanak-kanak mati akibat penyakit yang berkaitan dengan kelaparan dan mengalami tahap kekurangan zat makanan yang teruk.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh sekurang-kurangnya 30,631 penduduk Palestin dan mencederakan 72,043 yang lain serta menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
WFP menegaskan jalan raya sebagai satu-satunya pilihan penting untuk menghantar makanan dalam kuantiti besar ke utara Gaza bagi mengelak kebuluran.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Penghantaran makanan ke utara Gaza terus berdepan halangan - WFP
Tentera Israel mengarahkan konvoi makanan 14 trak WFP berpatah balik selepas menunggu selama tiga jam di pusat pemeriksaan Wadi Gaza.
'Tak perlu sampai disinfeksi makanan' - Ini syor pakar jika risau virus pada plastik pembungkus
Menurut Dr Izzar Anwari, tidak perlulah makanan itu sendiri disinfeksi kerana virus tidak hidup di permukaan makanan.
Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga pukul 6 pagi sepanjang Ramadan
Kebenaran itu diberikan bagi memudahkan golongan bujang mendapatkan makanan pada waktu sahur.
Aplikasi penghantaran makanan patuh syariah diperkenal
Aplikasi FASTREXS, yang dibangunkan anak tempatan, berfungsi memastikan tiada lagi keraguan bagi masyarakat Muslim yang membuat tempahan makanan.
Rakyat Malaysia pemurah... RM2.4 juta tip disumbang menerusi Grab ketika PKP
Sumbangan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sebelum PKP.
Garis panduan untuk p-hailing dikeluarkan
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal bagi tujuan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan secara dalam talian mesti patuh garis panduan ditetapkan.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Belanjawan 2020: Perkeso sambut baik i-Suri dan SKSPS dilanjutkan
Ia akan membolehkan Perkeso meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang belum dilindungi dan memastikan mereka mendapat perlindungan minimum.
Grab bergabung dengan Uber di Asia Tenggara
Ini adalah pencapaian terbesar bagi Grab ke arah mencapai matlamat menjadi platform penyedia perkhidmatan pengangkutan e-hailing, fintech dan penghantaran makanan utama di Asia Tenggara.