Penunjuk perasaan yang menentang pilihan raya umum di Thailand pada 2 Feb ini, mengganggu proses pengundian awal di pusat membuang undi seluruh negara namun kerajaan sementara tetap bertekad meneruskannya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa sejumlah 440,000 orang atau 22 peratus pengundi berdaftar tidak boleh membuang undi pada Ahad apabila pusat pengundian ditutup lebih awal di 89 kawasan daripada jumlah keseluruhan 375.
Pesuruhjaya SPR Somchai Srisutthiyakorn berkata insiden itu membabitkan pengundi di 33 kawasan di Bangkok dan 56 di selatan Thailand.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri kerajaan sementara Surapong Tovichakchaikul, merangkap Menteri Luar yang bertanggungjawab bagi Pusat Memelihara Keamanan dan Ketenteraman, berkata pilihan raya itu akan tetap diadakan meskipun berdepan gangguan penunjuk perasaan di pusat mengundi.
Beliau memberi alasan ini kerana 90 peratus pengundian awal boleh dilaksanakan.
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dijadual bertemu Pengerusi SPR Supachai Somcharoen pada 2 petang Selasa ini bagi mencari penyelesaian bersama selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa pilihan raya umum itu boleh dijadual semula.
Sementara itu, keganasan yang berlaku berikutan pengundian awal di Bangkok pada Ahad mengakibatkan seorang maut manakala sembilan lagi cedera.
Pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat Suriyasai Katasila menulis dalam Twitter peribadi beliau bahawa seorang penyelaras Tentera Rakyat menentang Rejim Thaksin iaitu Suthin Tharathin ditembak di kepala ketika mangsa berada di pusat pengundian Wat Sri-Iam bagi kawasan Bang Na.
Suthin meninggal dunia di hospital pada 2.20 petang manakala sembilan mangsa yang cedera dihantar ke tiga hospital berhampiran.
Sementara itu, beberapa pengundi melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat membuang undi.
Anurak Karnkoew, 32, dari wilayah Uttaradit di selatan Thailand, berkata beliau kecewa tidak dapat mengundi bagi kawasan Dusit selepas pusat pengundianb ditutup ekoran gangguan penunjuk perasaan sejak awal pagi.
Katanya, beliau akan keluar mengundi jika pilihan raya 2 Feb tetap diadakan.
Pemilik restoran dan rumah tumpangan, Prai Mungn Ngarm, 49, berkata perniagaannya terjejas akibat tunjuk perasaan itu sejak November tahun lepas kerana premisnya terletak berhampiran lokasi protes iaitu Tugu Demokrasi di Ratchadumnoen Avenue.
Beliau berkata pelancong membatalkan tempahan untuk rumah tumpangannya sehingga bulan Februari.
"Kedua-dua pihak (kerajaan dan penunjuk perasaan) perlu berbincang berhubung hala tuju negara, sama ada melakukan pembaharuan atau mengadakan pilihan raya terlebih dahulu. Semuanya perlu dibangun dan diperbaiki secara berperingkat," katanya sambil menambah beliau akan mengundi sekiranya pilihan raya tetap berlangsung pada 2 Feb.
Pihak berkuasa menasihati orang ramai yang gagal menggunakan hak mereka pada pengundian awal di seluruh negara hari ini agar membuat laporan polis berikutan gangguan oleh penunjuk perasaan.
Sementara itu, di Selatan Thailand, pengundian awal di lapan wilayah terpaksa dibatalkan berikutan gangguan oleh penunjuk perasaan yang menentang pilihan raya 2 Feb.
Enam daripada wilayah berkenaan ialah Songkhla, Trang, Krabi, Choompon, Phuket dan Nakorn Sri Thamarat, yang menyaksikan pusat mengundi ditutup penunjuk perasaan.
Sebelum ini, terdapat 28 kawasan yang tidak boleh mengadakan pendaftaran calon pilihan raya kerana dihalang kumpulan sama.
Di Pattani, proses pengundian awal berjalan lancar meskipun terdapat kehadiran penunjuk perasaan.
Bagaimanapun, satu dari dua pusat mengundi terpaksa ditukar ke lokasi lebih selamat kerana Dewan Pentadbiran Wilayah Pattani dikunci penunjuk perasaan yang berkumpul secara aman di depan pintu masuk dewan itu selama 15 minit sebelum bersurai.
Pesuruhjaya SPR Nipon Narapitakkul berkata jumlah pengundi yang keluar mengundi hari ini tidak sampai 15 peratus dan kebanyakannya adalah pegawai tentera yang bertugas di wilayah itu.
Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan apabila kumpulan antikerajaan yang menentang pilihan raya bertembung kumpulan penyokong pilihan raya di depan pintu masuk pusat mengundi di Pusat Belia Wilayah Yala.
Bagaimanapun, pegawai pilihan raya berjaya meleraikan kedua-dua pihak daripada bertindak lebih ganas dan tiada kecederaan dilaporkan.
Di Narathiwat, pilihan raya berjalan lancar walaupun terdapat sejumlah penunjuk perasan berkumpul di depan pintu masuk Sekolah Narasikhalai, yang menjadi pusat mengundi.
Bernama
Sun Jan 26 2014
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.