awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Kelab ASEAN: JDT bergaya raih tiga mata

Bernama
Bernama
21/08/2025
22:00 MYT
Kejuaraan Kelab ASEAN: JDT bergaya raih tiga mata
Figueredo meraikan jaringannya selepas berjaya membolosi gawang pasukan Lion City Sailors FC pada perlawanan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 21 Ogos 2025. -- fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN dengan bergaya apabila menewaskan Lion City Sailors (LCS) 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini semalam.
Penyerang import Brazil Joao Vitor Brandao Figueredo menjadi watak utama kemenangan Harimau Selatan selepas meledak dua gol pantas dalam tempoh 16 minit pertama permainan.
Gol pembukaan hadir menerusi sepakan penalti pada minit ke-11 yang disempurnakan dengan oleh Figueredo, sebelum menggandakan jaringan menerusi rembatan deras, lima minit kemudian.
Penyerang muda JDT Arif Aiman Mohd Hanapi meletakkan tuan rumah dengan kedudukan selesa apabila menjaringkan gol ketiga pada masa tambahan.
Bagaimanapun, wakil Singapura yang tidak pernah putus asa akhirnya memperoleh gol sagu hati pada minit terakhir perlawanan menerusi Muhammad Shawal Anuar.
Kemenangan pertama ini meletakkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu menghuni tangga teratas kumpulan dengan tiga mata.
JDT bakal menerima kunjungan wakil Thailand, True Bangkok United FC pada 25 Sept depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Kejohanan Kelab ASEAN
#Lion City Sailors
#acc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan