SHANGHAI: Pengunjung sebuah pasar raya perabot terkemuka di China panik dan cuba meluru keluar apabila premis itu diarahkan tutup serta-merta akibat jangkitan COVID-19.
Dalam kejadian pada Sabtu, pasar raya Ikea di Shanghai diarah tutup selepas pihak berkuasa kesihatan bandar menemukan bukti kontak rapat kes COVID-19 di lokasi.
Beberapa video di media sosial menunjukkan pelanggan menjerit dan menolak antara satu sama lain dalam cubaan melarikan diri dari bangunan itu sebelum pintu ditutup.
Difahamkan pengunjung yang tidak sempat keluar terpaksa menjalani kuarantin di kem tahanan.
Dalam taklimat akhbar pada Ahad, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata kedai dan kawasan terjejas akan berada di bawah pengurusan 'lingkaran tertutup' selama dua hari.
Mereka yang berada di dalam lingkaran itu perlu menjalani kuarantin dua hari di fasiliti kerajaan dan pengawasan kesihatan selama lima hari.
Pada Isnin, pihak berkuasa kesihatan bandar itu melaporkan enam kes COVID-19 tempatan di Shanghai, di mana lima daripadanya tidak menunjukkan gejala.
Pasar raya Ikea di daerah Xuhui di Shanghai ditutup untuk sementara pada Ahad dan Isnin sebagai reaksi kepada "garis panduan pencegahan wabak" oleh pihak berkuasa dan dibuka semula pada Selasa, lapor CNN.
Shanghai, ibu kota kewangan China dengan populasi 25 juta, menjalani perintah berkurung selama dua bulan awal tahun ini.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila penduduk melaporkan kesukaran memesan barang keperluan harian termasuk makanan dan ubat-ubatan.
Perintah berkurung dikenakan di bawah polisi tegas 'Sifar-COVID' China, yang bergantung kepada ujian besar-besaran, kuarantin secara meluas, dan perintah berkurung di seluruh bandar untuk menghapuskan penularan semula virus.
Astro Awani
Tue Aug 16 2022
Beberapa video di media sosial menunjukkan pelanggan menjerit dan menolak antara satu sama lain dalam cubaan melarikan diri dari bangunan itu sebelum pintu ditutup. - Foto Twitter/@DonnaWongHK
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19
Pengunjung yang tidak sempat keluar terpaksa menjalani kuarantin di kem tahanan.