awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus Turkish Airlines gesa juruterbangnya kahwin cepat

AFP
AFP
18/04/2015
06:19 MYT
Pengurus Turkish Airlines gesa juruterbangnya kahwin cepat
Temel Kotil dipetik Hurriyet Daily sebagai berkata bahawa tragedi tersebut mengajar bahawa menerbangkan pesawat merupakan satu tugas yang kritikal. - Foto AFP
Pengurus Besar Turkish Airlines telah menggesa juruterbang-juruterbangnya yang bujang untuk berkahwin, selepas tragedi Germanwings yang disebabkan oleh masalah psikologi yang dialami pembantu juruterbang syarikat penerbangan tersebut.
Temel Kotil dipetik Hurriyet Daily sebagai berkata bahawa tragedi tersebut mengajar bahawa menerbangkan pesawat merupakan satu tugas yang kritikal.
Katanya lagi, gaya hidup seseorang juruterbang itu sama ada lelaki atau wanita perlu diambil kira.
"Kemalangan itu berlaku selepas teman wanita juruterbang itu meninggalkan dia. Jadi kawan-kawan yang dikasihi, di sini kami ingin mengalu-alukan agar juruterbang-juruterbang kami yang bujang agar segera mendirikan rumah tangga,” kata Kotil.
Dalam laporan awal mendapati bahawa sebab kejadian adalah berpunca apabila pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz berpisah dengan teman wanitanya, namun perkara itu masih dalam siasatan.
Lubitz, yang telah didiagnosis sebagai pesakit jiwa yang cenderung untuk membunuh diri suatu masa dahulu dipercayai sengaja menerbangkan pesawat tersebut ke gunung selepas mengunci kokpit dari dimasuki ketuanya.
Pesawat berkenaan kemudian merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis pada kelajuan 700 kilometer sejam, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru.
Topic Berkaitan
#Germanwings
#Temel Kotil
#Turkish Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan