awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penindasan, kelaparan semakin meningkat di Korea Utara - PBB

Bernama
Bernama
18/08/2023
21:30 MYT
Penindasan, kelaparan semakin meningkat di Korea Utara - PBB
Kelemahan ekonomi Korea Utara yang mengutamakan aspek ketenteraan yang tinggi menyebabkan berlaku 'kebuluran melampau serta kekurangan ubat-ubatan yang teruk', kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk. - Gambar hiasan/AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata rakyat Korea Utara kini semakin tertindas selain penjagaan kesihatan yang lemah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Data PBB menunjukkan penindasan yang semakin meningkat terhadap hak kebebasan bersuara, privasi dan pergerakan, amalan buruh paksa yang berleluasa selain hak ekonomi dan sosial yang semakin buruk," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, pada Khamis. .
Sesiapa sahaja yang melihat kandungan asing yang tidak sehaluan dengan kepimpinan negara itu Kim Jong Un - terutama dokumen atau video dari Korea Selatan - boleh dipenjara, katanya pada Majlis Keselamatan PBB.
Mereka yang menyebarkan kandungan sedemikian juga boleh dihukum penjara seumur hidup atau dihukum mati.
Pada masa yang sama, Korea Utara memaksa rakyatnya bekerja sebagai buruh paksa termasuk kanak-kanak.
Kelemahan ekonomi negara yang mengutamakan aspek ketenteraan yang tinggi itu menyebabkan berlaku "kebuluran melampau serta kekurangan ubat-ubatan yang teruk", katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#PBB
#kebuluran
#penindasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan