NORTH WEST: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) African Parks dijangka akan membiak lebih 2,000 ekor baka badak sumbu putih, susulan peningkatan kes pemburuan haram badak sumbu putih di Afrika Selatan.

Ia merupakan usaha untuk meningkatkan populasi badak sumbu putih selatan liar di dunia sehingga 15 peratus.

Kesemua badak sumbu itu akan dibeli daripada penternak persendirian lalu dibiakkan di dalam sangkar.

Kumpuluan itu menyasarkan untuk menternak semula kira-kira 200 ekor badak sumbu setiap tahun dalam tempoh 10 tahun akan datang ke pelbagai kawasan perlindungan di seluruh benua.

Pengurus projek African Parks Donovan Jooste berkata, usaha itu merupakan insiatif pemuliharaan pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Pemerolehan badak sumbu platinum bersejarah oleh Africa Parks adalah sangat penting.

"Kami sangat prihatin dari segi kebajikan dan masa depan haiwan ini," katanya.

Pemburuan haram kekal sebagai ancaman kritikal di Afrika Selatan dengan 499 ekor badak sumbu diburu pada tahun 2023, mengikut data kerajaan.

Ini juga merupakan peningkatan daripada tahun sebelumnya.

Badak sumbu sentiasa disasarkan untuk tanduknya yang mendapat permintaan di Asia Timur untuk ubat-ubatan tradisional dan perhiasan.