awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga gol mangsa korban gempa bumi Turkiye

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2023
05:49 MYT
Penjaga gol mangsa korban gempa bumi Turkiye
Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turki Yeni Malatyaspor selepas menyertai kelab itu pada 2021. - Agensi/Sinar Harian
PENJAGA gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan disahkan telah meninggal dunia berikutan gempa bumi yang melanda negara itu pada Isnin.
Dianggarkan lebih 8,000 orang telah meninggal dunia di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi itu.
"Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan meninngal dunia di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang.
"Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik," menurut kelab Turkaslan, Yeni Malatyaspor di laman Twitter mereka.
Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turki Yeni Malatyaspor selepas menyertai kelab itu pada 2021.
Kronologi tragedi gempa bumi di Turkiye-Syria
Bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton Yannick Bolasie, yang kini bermain untuk pasukan divisyen dua Turkiye, Caykur Rizespor, berkata di Twitter: "RIP saudara Eyup Ahmet Turkaslan.
"Sekejap anda boleh melihat seseorang di ruang istirahat, pada saat berikutnya mereka tiada."
Bolasie menambah: "Takziah saya ucapkan kepada semua keluarga dan rakan sepasukannya di Yeni Malatyaspor. Mendukacitakan mendengar dan berharap kami semua dapat terus membantu semua orang yang memerlukan." - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gempa Bumi Turki
#penjaga gol Turkiye
#Ahmet Eyup Turkaslan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan