awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjara pesalah kes dadah di Indonesia bakal dikawal buaya

AFP
AFP
09/11/2015
14:37 MYT
Penjara pesalah kes dadah di Indonesia bakal dikawal buaya
Buaya tidak boleh dirasuah dan tidak boleh dipujuk untuk membebaskan tahanan. - Gambar hiasan
Agensi antidadah Indonesia telah mencadangkan agar dibina bangunan penjara di atas sebuah pulau yang dikawal buaya bagi memastikan pesalah-pesalah jenayah dadah tidak terlepas.
Cadangan itu merupakan projek sulung ketua agensi berkenaan Budi Waseso, yang merancang untuk melawat ke beberapa bahagian kepulauan itu untuk mencari reptilia-reptilia tersebut.
“Kami akan menempatkan seberapa banyak buaya di situ. Saya akan mencari jenis buaya yang paling ganas,” ujarnya yang dipetik daripada laman web Tempo.
Budi berkata, buaya adalah pilihan terbaik untuk menghalang pesalah jenayah dadah daripada melepaskan diri dari penjara memandangkan buaya tidak boleh dirasuah.
“Anda tidak boleh merasuah buaya. Anda tidak boleh memujuk buaya untuk membebaskan orang tahanan,” ujarnya.
Bagaimanapun perancangan itu masih di peringkat awal dengan lokasi mahupun tarikh pembukaannya belum diputuskan.
Indonesia sudahpun memiliki undang-undang antidadah ketat, termasuk menjalankan hukuman mati dengan skuad penembak.
Pada April lalu, pelbagai reaksi daripada komuniti antarabangsa diterima negara itu apabila tujuh pesalah jenayah dadahnya dihukum mati.
Presiden Joko Widodo bagaimanapun mempertahankan hukuman tersebut memandangkan negara itu sedang berdepan dengan darurat besar berikutan ancaman najis dadah.
Walaupun dengan undang-undang ketat berkenaan jenayah itu, sistem penjara Indonesia yang mudah dilemahkan dengan amalan rasuah sering kali menyaksikan usaha membanterasnya secara menyeluruh menemui jalan buntu.
Topic Berkaitan
#buaya
#Budi Waseso
#Dadah
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan