awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbir BreachForums terlepas hukuman penjara, dipantau 20 tahun

Amanz
Amanz
22/01/2024
03:40 MYT
Pentadbir BreachForums terlepas hukuman penjara, dipantau 20 tahun
Selain data pengguna Amerika Syarikat, data daripada beberapa insiden kecurian data pengguna di Malaysia turut telah dijual menerusi BreachForums. - Foto Amanz
PENTADBIR laman penggodam BreachForums, Conor Brian Fitzpatrick terlepas daripada hukuman penjara tetapi akan dipantau oleh pihak berkuasa selama 20 tahun.
Dia telah didapati bersalah menggunakan BreachForums sebagai tempat untuk menjual ratusan juta data pengguna dari Amerika Syarikat, agensi serta jabatan kerajaan serta syarikat yang telah digodam.
Selain didapati bersalah menjalankan BreachForums, Fitzpatrick juga mengaku terlibat dengan konspirasi mengakses peranti bagi tujuan penipuan, menawarkan perkhidmatan mengakses peranti tanpa kebenaran dan memiliki kandungan pornografi bawah umur.
Kerana keseriusan kesalahannya, pihak pendakwaraya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara sehingga 188 bulan (hampir 16 tahun) tetapi hakim memberikan keringanan.
Dia dijatuhkan hukuman tahanan di rumah dengan gelang GPS dipasang pada kaki selama dua tahun.
Akses kepada internet juga tidak boleh dilakukan pada tahun pertama hukuman.
Seterusnya, dia dihalang melakukan sebarang urusan jual beli atas talian kecuali selepas menerima kebenaran oleh mahkamah.
Selain itu dia diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa dengan nilai pampasan belum lagi diumumkan.
Selain data pengguna Amerika Syarikat, data daripada beberapa insiden kecurian data pengguna di Malaysia turut telah dijual menerusi BreachForums.
Antara yang pernah kami laporkan ialah data 13 juta pengguna Astro, Maybank, dan SPR hampir dua tahun yang lalu.
Laman BreachForums telah dirampas oleh pihak berkuasa selepas Fitzpatrick ditangkap.
SUMBER DataBreaches.net
Topic Berkaitan
#BreachForums
#penggodam
#Conor Brian Fitzpatrick
#juta data pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan