awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump ambil langkah pertama longgarkan sekatan ke atas Syria

Agensi
Agensi
24/05/2025
00:45 MYT
Pentadbiran Trump ambil langkah pertama longgarkan sekatan ke atas Syria
Seorang kakitangan Bank Pusat Syria sedang mengira wang kertas di Damsyik, susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Jumaat meluluskan pengecualian besar terhadap sekatan ke atas Syria, sebagai langkah awal ke arah menunaikan janji untuk menamatkan sekatan selama lebih 50 tahun terhadap negara yang musnah akibat perang saudara itu.
Langkah itu membabitkan pengecualian selama enam bulan terhadap sekatan keras yang dikenakan oleh Kongres AS pada 2019 serta perluasan terhadap peraturan untuk membenarkan syarikat asing menjalankan aktiviti di Syria – yang kini diperintah oleh Ahmad Al-Sharaa, bekas komander yang mengetuai kejatuhan rejim Bashar al-Assad akhir tahun lalu.
Pengumuman ini menyusuli kenyataan Trump minggu lalu bahawa AS akan menarik balik sekatan kewangan terhadap bekas pemimpin autoritarian Syria, bagi memberi peluang kepada kerajaan sementara baharu membina semula negara selepas 13 tahun konflik berdarah.
Sekatan terdahulu, yang dikenali sebagai Akta Perlindungan Awam Caesar Syria, bertujuan mengasingkan keluarga Assad dengan memutuskan hubungan ekonomi mereka dari sistem kewangan global.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pengecualian ini bertujuan memudahkan penyediaan elektrik, tenaga, air dan sanitasi serta mengukuhkan tindak balas kemanusiaan.
Beliau menegaskan, Presiden Trump mengharapkan kerajaan Syria yang baharu mengambil tindakan segera terhadap beberapa keutamaan dasar.
Walaupun rakyat Syria menyambut baik langkah ini termasuk sambutan di jalanan Damsyik - mendesak agar sekatan dihapuskan sepenuhnya bagi membuka ruang pelaburan dan pembangunan semula negara yang musnah akibat perang yang meragut jutaan nyawa dan menyebabkan perpindahan besar-besaran.
Rubio memberi amaran, kerajaan sementara Syria berisiko "runtuh dalam masa beberapa minggu" tanpa bantuan segera yang boleh membawa kepada perang saudara baharu yang lebih dahsyat.
Namun, beliau turut mengakui kebimbangan berikutan latar belakang Ahmad Al-Sharaa yang pernah mengetuai Hayat Tahrir Al-Sham, sebuah kumpulan yang dahulunya mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan masih disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh AS - meskipun kumpulan itu telah mengambil pendekatan lebih sederhana.
Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pegawai pentadbiran Trump mengenai pendekatan terbaik.
Ada yang mahu sekatan dilonggarkan secepat mungkin tanpa syarat ketat, manakala yang lain mencadangkan pelaksanaan secara berfasa dengan syarat jelas untuk setiap tahap.
Satu cadangan daripada Jabatan Negara AS mencadangkan pelan tiga fasa: bermula dengan pengecualian jangka pendek, diikuti syarat seperti menyingkirkan kumpulan ‘pengganas Palestin’, mengambil alih tahanan IS serta menyerap tentera Kurdis pro-AS ke dalam tentera Syria.
Untuk sampai ke fasa akhir dan penghapusan penuh sekatan, Syria perlu menormalkan hubungan dengan Israel menerusi penyertaan dalam Abraham Accords serta membuktikan bahawa ia telah memusnahkan senjata kimia peninggalan rejim Assad.
Namun, beberapa pihak memberi amaran bahawa syarat tersebut mungkin sukar dicapai dan boleh menjejaskan keupayaan kerajaan baharu menarik pelaburan dan memulihkan negara. - Agensi
Topic Berkaitan
#Syria
#sekatan Syria
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#pentadbiran Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan