Pentadbiran Presiden Donald Trump kembali meneruskan rancangan untuk membina laluan jalan raya yang membelah taman negara di Alaska yang menjadi kawasan perlindungan hidupan liar.
Reuters melaporkan, perkembangan itu agak mengejutkan kerana sekitar empat bulan sebelumnya Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sudahpun menolak pelaksanaan projek itu.
Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri, David Bernhardt dan ketua eksekutif sebuah perbadanan Alaska telah menandatangani perjanjian untuk memindahkan hak milik tanah di Taman Negara Izembek di barat daya Alaska, bagi membenarkan pembinaan jalan di tengah-tengah santuari hidupan liar.
“Saya memikirkan manfaat yang lebih penting iaitu demi kebaikan penduduk asal Alaska di King Cove,” kata Bernhardt sebagai alasan.
Perjanjian itu, jika dilaksanakan, membolehkan penduduk di kampung Aleut di King Cove yang berpopulasi 1,000 orang, mendapatkan akses lapangan terbang di kampung terdekat.
Menurut laporan, tanpa akses tersebut, penduduk di Aleut sukar mendapatkan bantuan perubatan terutamanya ketika berlaku ribut salji.
Bagaimanapun, perkara yang menjadi kebimbangan adalah perjanjian baharu itu langsung tidak menyatakan bahawa jalan itu hanya boleh diguinakan sewaktu kecemasan, sebaliknya timbul sentimen bahawa projek itu sebenarnya untuk 'memuaskan keinginan ekonomi dan sosial di negeri Alaska'.
Aktivis alam sekitar mendakwa pembinaan jalan raya itu bakal memusnahkan habitat berharga, sedangkan penduduk asal di kawasan itu mempunyai alternatif yang lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan kecemasan.
Perjanjian baharu itu, yang hampir sama dengan cadangan sebelum ini yang sudah ditolak, terkandung laporan setebal 20 muka surat yang ditandatangani Bernhardt.
Pakar alam sekitar berkata, mereka tidak akan berdiam diri dan sedang memikirkan tindakan undang-undang seterusnya.
“Kami sangat kecewa namun tidak terkejut Setiausaha Dalam Negeri sudah tandatangan perjanjian baharu untuk mengorbankan taman negara hidupan liar dan tanah bencah yang penting di Izembek,” ujar peguam alam sekitar, Bridget Psarianos.
Agensi
Thu Jul 25 2019
Aktivis alam sekitar mendakwa pembinaan jalan raya itu bakal memusnahkan habitat berharga di kawasan perlindungan hidupan liar Izembek. - Reuters
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pentadbiran Trump dikecam, teruskan projek bina jalan membelah taman negara Alaska
Antara kepentingan menjaga kawasan hidupan liar yang berharga dengan akses kecemasan bagi 1,000 penduduk, projek jalan raya di Izembek kini menjadi isu panas.