awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun

Agensi
Agensi
19/05/2022
08:38 MYT
Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pada masa ini, tentera AS dan agensi perisikan hanya berminat untuk mengetahui sama ada objek-objek di langit itu boleh memberi ancaman kepada AS. - YouTube @ABC7
WASHINGTON: Jumlah laporan penemuan objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) di langit semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun, lapor The New York Times.
Perkara itu didakwa seorang pegawai pertahanan tertinggi Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu dalam sesi pendengaran berkenaan UFO, yang pertama seumpamanya dalam setengah abad.
“Sejak awal tahun 2000, kami melihat peningkatan jumlah pesawat atau objek yang tidak mempunyai izin dan yang tidak dikenali, di radius kawasan latihan tentera serta beberapalagi ruang udara tertentu,” kata Timbalan Pengarah Naval Intelligence, Scott Bray kepada panel sesi pendengaran itu.
Bray juga memberitahu tentang usaha giat oleh tentera AS untuk ‘menyahstigma tindakan melaporkan penampakan dan penemuan’ selain mengulas mengenai kemajuan teknologi.
Bagaimanapun, katanya, Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.
Dari sudut lain, Bray juga tidak menafikan setegasnya tentang kemungkinan tersebut.
"Kami tidak membuat sebarang tanggapan tentangnya,” ujar Bray.
Pada Jun 2021, perisikan AS sudahpun mendakwa, dalam satu laporan, bahawa tidak ada bukti tentang kehadiran makhluk asing di langit, walaupun mereka tidak mempunyai penjelasan terhadap berpuluh-puluh fenomena yang dikesan oleh juruterbang-juruterbang tentera.
Sesetengah daripadanya boleh dijelaskan sama ada kehadiran dron ataupun pergerakan kawanan burung yang mencetus kekeliruan dalam sistem radar tentera.
Sebahagian lagi berkemungkinan berpunca daripada ujian peralatan tentera atau teknologi yang sedang diuji oleh kuasa besar lain seperti China atau Rusia.
Pada masa ini, tentera AS dan agensi perisikan hanya berminat untuk mengetahui sama ada objek-objek di langit itu boleh memberi ancaman kepada AS.
"Fenomena yang ditadk dikenali di ruang langit ini berpotensi menjadi ancaman keselamatan negara. Ia perlu kekal dianggapkan sebegitu," kata wakil Demokrat Indiana, Andre Carson , yang mempengerusikan sesi pendengaran tersebut.
Topic Berkaitan
#tentera
#UFO
#Amerika Syarikat
#makhluk asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan