DUNIA
Pentas festival roboh akibat angin kuat, 1 maut

Pemandangan atas tapak Festival Medusa selepas angin kencang menyebabkan sebahagian daripada pentas runtuh, di Cullera, Sepanyol, 13 Ogos 2022. -REUTERS
CULLERA: Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu.
Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada sebuah pentas roboh akibat angin kuat.
Pasukan kecemasan Valencia berkata, insiden berlaku kira-kira jam 4 pagi Sabtu waktu tempatan, apabila angin kuat merobohkan sebahagian daripada struktur pentas di Festival Medusa.
Pihak penganjur telah mengarahkan tapak festival tersebut dikosongkan susulan angin kuat, sekali gus menggantung sementara acara berkenaan.
Video tular di media sosial menunjukkan beberapa struktur pentas roboh dan orang ramai dibawa keluar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami