awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis pro-perang Rusia cedera parah akibat letupan bom

Agensi
Agensi
07/05/2023
13:30 MYT
Penulis pro-perang Rusia cedera parah akibat letupan bom
Nama Prilepin dikenali kerana terlibat dalam politik ultranasionalis Rusia dilaporkan berbaik semula dengan Putin dan menjadi penyokong tegar pencerobohan Ukraine.- Reuters Archive
MOSCOW: Seorang penulis pro-perang Rusia dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam letupan bom kereta pada Sabtu.
Memetik laporan CNN, menurut jurucakap, Zakhar Prilepin yang merupakan penyokong tegar kempen Rusia di Ukraine dilaporkan kini mula sedar selepas ditidurkan untuk tujuan rawatan.
Difahamkan, Zakhar Prilepin yang merupakan penyokong tegar kempen Rusia di Ukraine, tercedera semasa memandu di wilayah Nizhny Novgorod, Rusia.
Dalam pada itu, siasatan yang dijalankan melaporkan suspek ditahan Alexander Permyakov mengaku bekerja untuk Ukraine.
"Dia dalam keadaan baik. Dia mengucapkan terima kasih kepada keluarganya," kata jurucakap, Yelizaveta Kondakova.
Gabenor Nizhny Novgorod, Gleb Nikitin, menulis di Telegram bahawa penulis itu berada dalam keadaan "stabil" dan "semangatnya ceria".
Sementara itu, pemandu kereta itu dilaporkan meninggal dunia.
Terdahulu, Kementerian Dalaman Rusia memaklumkan Prilepin mengalami kecederaan otak dan patah tulang, tetapi tidak menawarkan butiran lanjut.
Penulis yang memenangi anugerah dan veteran ‘perang berdarah’ Moscow di Chechnya merupakan salah seorang penulis yang paling terkenal di Rusia, dan merupakan pengkritik lantang Presiden Vladimir Putin sebelum tahun 2014.
Dalam beberapa tahun terakhir, nama Prilepin dikenali kerana terlibat dalam politik ultranasionalis Rusia dilaporkan berbaik semula dengan Putin dan menjadi penyokong tegar pencerobohan Ukraine.
Lelaki berusia 47 tahun itu mengaku berjuang bersama separatis pro-Rusia di Ukraine timur dan telah menuntut Kiev untuk dikembalikan kepada Rusia.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Vladimir Putin
#Rusia
#Zakhar Prilepin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan