awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang dihalang guna tandas pesawat, 7 jam duduk beralas kencing sendiri

Agensi
Agensi
01/10/2019
00:24 MYT
Penumpang dihalang guna tandas pesawat, 7 jam duduk beralas kencing sendiri
Seorang wanita mendakwa terpaksa duduk beralas air kencing sendiri selepas kru pesawat tidak membenarkannya menggunakan tandas. - Foto AP
Seorang wanita mendakwa dia terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam selepas kru pesawat tidak membenarkannya menggunakan tandas.
Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa diperlakukan sedemikian dalam penerbangan Air Canada dari Bogota, Colombia ke Dublin, Republik Ireland.
Menurut laporan portal Mirror, wanita itu memohon kebenaran daripada anak kapal beberapa kali untuk menggunakan tandas, tetapi dihalang.
"Saya bertanya sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam sama ada boleh menggunakan tandas atau tidak.
"Saya sudah tidak dapat bertahan lagi, kemungkinan besar berlaku ‘kemalangan’ jika mereka tidak benarkan saya gunakan tandas.
"Saya bertegas namun diarah kembali ke tempat duduk, dan akhirnya berlakulah ‘kemalangan’ itu," katanya.
Wanita itu mendakwa dia terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam hingga pesawat tiba di Toronto.
"Saya sangat malu dan kecewa dengan kru pesawat yang mengabaikan saya sepanjang penerbangan," ujarnya lagi.
Disebabkan ‘kemalangan’ tersebut, dia terpaksa menyewa bilik hotel di bandar Kanada untuk mandi dan menyalin pakaian.
Dalam perjalanan pulang, wanita itu membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkenaan.
Air Canada dalam pada itu dilapor menawarkan baucar bernilai CA$500 (kira-kira RM1,600) untuk penerbangan seterusnya, namun wanita itu menolak kerana tidak setimpal dengan kejadian memalukan yang menimpa dirinya.
Topic Berkaitan
#Air Canada
#Canada
#Colombia
#kencing
#penerbangan
#pesawat
#tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan