Penunjuk perasaan cetus kebakaran, sekat jalan di Baghdad

Agensi
November 4, 2019 11:31 MYT
Rakyat Iraq sudah memulakan protes tersebut, kebanyakannya di Baghdad dan wilayah selatan, sejak Oktober lalu. - AP Photo/Ali Abdul Hassan
PENUNJUK perasaan mencetuskan kebakaran dan menyekat jalan-jalan utama pada hari kedua protes antikerajaan di Baghdad.
Mereka mendirikan blok simen serta membakar tayar, kayu dan sampah-sarap sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara Iraq itu pada Isnin.
Demonstrasi pada Isnin tercetus sebagai penentangan terhadap tindakan keras kerajaan yang membunuh berpuluh-puluh orang awam sejak sebulan lalu.
Rakyat Iraq sudah memulakan protes tersebut, kebanyakannya di Baghdad dan wilayah selatan, sejak Oktober lalu.
Ia bagi menuntut perubahan ke atas sistem politik yang ditubuhkan selepas pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003.
AS mendakwa pencerobohan tersebut disebabkan gejala rasuah yang berleluasa, kadar pengangguran yang tinggi dan perkhidmatan awam yang teruk.
Bantahan tersebut merupakan suatu cabaran buat kerajaan di bawah pemeritahan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul-Mahdi yang mencecah hampir satu tahun.
Abdul-Mahdi enggan meletak jawatan tetapi beliau berjanji untuk merombak Kabinetnya.
#Adel Abdul-Mahdi #Amerika Syarikat #Baghdad #Iraq #kebakaran #Penunjuk perasaan #Perdana Menteri #protes #Rasuah #Sekat Jalan