BEIJING: Jalan keluar bagi menamatkan konflik Palestin-Israel terletak pada pelaksanaan "penyelesaian dua negara", kata utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun.
Zhai mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan pembantu menteri Jabatan Palestin Kementerian Luar Mesir, Osama Khedr, berhubung perkembangan terkini situasi Palestin-Israel, pada Selasa.
Beliau berkata China amat prihatin terhadap ketegangan yang semakin meruncing antara Palestin dengan Israel dan sedih melihat sejumlah besar korban awam akibat konflik itu.
"Kami (China) menentang dan mengecam tindakan yang membawa mudarat kepada orang awam dan menyeru persetujuan gencatan senjata dicapai serta-merta," kata Zhai.
Utusan khas itu turut meluahkan hasrat ingin mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan Mesir untuk menggerakkan pihak-pihak berkonflik supaya bertindak menghentikan keganasan yang sedang berlaku di Gaza.
"Masyarakat antarabangsa harus membentuk sinergi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan mencegah krisis kemanusiaan terutamanya di Gaza bertambah buruk," ujar Zhai.
Dalam pada itu, Khedr menzahirkan penghargaan atas pendirian China dalam isu Palestin, dengan mengatakan bahawa Mesir bersedia bekerjasama dengan China untuk melakukan usaha ke arah meredakan keadaan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
China amat prihatin terhadap ketegangan yang semakin meruncing antara Palestin dengan Israel dan sedih melihat sejumlah besar korban awam akibat konflik itu. - Gambar fail/AP
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Konflik Palestin-Israel: ASEAN-Jepun boleh main peranan penting secara kolektif - PM Anwar
ASEAN dan Jepun boleh memainkan peranan yang signifikan dalam komuniti global ke arah penyelesaian aman dan berpanjangan bagi konflik Palestin-Israel.
"Penyelesaian dua negara" jalan keluar krisis Palestin-Israel - Utusan China
Jalan keluar bagi menamatkan konflik Palestin-Israel terletak pada pelaksanaan "penyelesaian dua negara".