Skip to main content

Malaysia

Muhammad Haikal nafi hantar surat keluar BAM

KUALA LUMPUR, 20 Feb -- Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri ketika hadir di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Muhammad Haikal berkata fokusnya kini ialah untuk membentuk gandingan mantap bersama pasangan baharunya Bryan Goonting. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri menafikan dakwaan akan ‘mengangkat kaki’ daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Muhammad Haikal ketika dihubungi Bernama hari ini berkata fokusnya kini ialah untuk membentuk gandingan mantap bersama pasangan baharunya Bryan Goonting.

Advertisement

“Saya tidak hantar surat untuk keluar BAM. Fokus saya ialah bersama pasangan baharu dan kami akan sertai Terbuka Thailand,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Muhammad Haikal telah menghantar surat perletakan jawatannya daripada skuad kebangsaan.

Untuk rekod, sepanjang karier Muhammad Haikal sudah mengumpul tiga gelaran siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketika berpasangan dengan Choong Hon Jian.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video