BEIJING:Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa virus COVID-19 bukan berasal dari China.
Sebaliknya, penyelidikan oleh Akademi Sains China mendakwa kes pertama membabitkan virus itu didakwa dikesan di India sebelum 'berhijrah' ke Wuhan.
Dokumen penyelidikan itu mendakwa sumber virus tersebut berasal daripada manusia dan haiwan liar yang berkongsi sumber air sama berikutan gelombang panas yang melanda India dan Pakistan pada tahun lalu.
Kekurangan sumber air mengakibatkan haiwan liar seperti monyet berebut untuk mendapatkannya yang meningkatkan interaksi antara haiwan dan manusia, lapor portal NZHerald.
Dengan menggunakan analisis filogenetik bagi mengesan asal usul mutasi yang berbeza, kumpulan pakar itu mendebatkan bahawa strain virus yang mengalami mutasi paling sedikit adalah yang asli.
Ekoran itu, mereka berpendapat kes pertama mungkin tidak dikesan di Wuhan, sebaliknya menunding jari kepada India dan Pakistan berikutan strain virus dengan mutasi yang rendah dikesan di kedua-dua kawasan itu.
"Dari Mei hingga Jun tahun lalu, gelombang panas yang kedua terpanjang melanda utara India dan Pakisan menyebabkan berlakunya krisis air yang serius.
"Masalah kekurangan air ini menjadikan haiwan liar seperti monyet berebut antara satu sama lain untuk survival mereka, yang tentunya dilihat meningkatkan peluang interaksi antara manusia dan haiwan liar," kata hasil penyelidkan itu.
Pun begitu, hasil penyelidikan itu tidak menyakinkan dan mencetus keraguan beberapa kumpulan pakar yang menyifatkannya sebagai berat sebelah dan wujud kecacatan.
Ketua genomik virus dan bioinformatik dari Universiti Glasgow, Prof David Robertson berkata terdapat banyak kecacatan dalam penyelidkan itu.
"Pendekatan penyelidik untuk mengenal pasti virus yang bermutasi rendah dlilihat terlalu berat sebelah.
"Mereka juga mengabaikan data epidemologi sedia ada yang jelas menunjukkan virus itu tersebar dari China," katanya.
Katanya, kertas penyelidikan itu tidak memberi sebarang pemahaman tambahan mengenai jangkitan COVID-19 yang disebabkan oleh beta-coronavirus dikenali sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2 (SARS-CoV-2).
Agensi
Sat Nov 28 2020

Kumpulan penyelidik dari Akademi Sains China mendakwa kes pertama membabitkan virus itu sebenarnya dikesan di India sebelum 'berhijrah' ke Wuhan. -Gambar fail/REUTERS

Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19
Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Cabaran COVID-19 | Ibu bapa dan anak-anak perlu tumpu pelajaran
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ibu bapa terus memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka ketika negara berdepan pandemik COVID-19. Waktu yang terluang perlu dimanfaatkan dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca buku. Selaras dengan sambutan Hari Pendidikan Sedunia, beliau berharap, pelajar bijak membahagikan masa belajar terutama pada waktu terluang.

Pinda Akta 355 | Islam lebih mendidik daripada menghukum
Untuk memberi kesedaran kepada golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender, LGBT supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (agama) Ahmad Marzuk Shaary pendekatan mendidik itu lebih diutamakan daripada menghukum golongan berkenaan.

COVID-19 | Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula Isnin
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Proklamasi darurat | Selaras dengan syariat agama - Marzuk
Proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah selaras dengan syariat agama dan maqasid syarak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, islam sememangnya mewajibkan sesuatu ketetapan dibuat demi memelihara nyawa manusia.

Rizab sungai | Garis panduan semata-mata tidak cukup
Garis panduan sedia ada bagi penguatkuasaan sungai yang dirizabkan tidak cukup tegas bagi mengekang pencemaran sungai.

COVID-19 | PKPD di Penjara Bentong, kuarters kakitangan
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong dan kuarters kakitangan bermula esok sehingga 8 Februari. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
![[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu 3,346 kes [INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu 3,346 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/31290791051611490328190/1887038_8967789641611492709401_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu 3,346 kes
Hari ini , Malaysia merekodkan kes harian baharu ... 3,346 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 183,801 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 41,677 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh 4,427 kes.. Menjadikan 141,446 kes pulih. Sehingga kini, terdapat 265 kes positif sedang dirawat di ICU, 102 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dan dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 678 kes .

PKP 2.0 | Bekalan roti putih di Pulau Pinang berkurangan
Walaupun bekalan barangan mencukupi sepanjang PKP 2.0, tetapi masih ada barang makanan seperti roti putih didakwa sukar di perolehi kerana kehabisan bekalan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memaklumkan sejak PKP dilaksanakan seminggu lalu pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai termasuk peniaga, kekurangan bekalan roti putih dan roti benggali di negeri itu.

Jalan rosak | Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19
Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham
EuroCham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

COVID-19: 9 kluster baharu dikesan, 8 daripadanya kluster tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.

Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.

COVID-19: 10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu diarah tutup
Sebanyak 10 buah sekolah rendah di Terengganu ditutup bermula hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di sekolah berkenaan.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

255 kes baharu COVID-19, kes harian tertinggi direkodkan di Sarawak
Selain itu, dua kematian dilaporkan oleh JPBN Sarawak melibatkan Kluster Pasai di Sibu.

COVID-19: 3,346 kes baharu, 4,427 kes sembuh dicatatkan
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian.

PKPD di Penjara Bentong dan kuarters kakitangan selama 14 hari
Sebanyak 615 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga.