INTERNATIONAL
Penyertaan Malaysia di ICJ berupaya tambah tekanan antarabangsa ke atas Israel

Ini menandakan penyertaan ketiga Malaysia dalam prosiding Pendapat Penasihat ICJ berkaitan Palestin, berikutan penglibatan sebelumnya pada 2004 dan 2024.
KUALA LUMPUR : Penyertaan Malaysia dalam Sesi Pendengaran Awam prosiding Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Palestin di The Hague, Belanda pada Isnin berupaya menambah tekanan antarabangsa ke atas Israel.
Ringkasan AI
- Penyertaan Malaysia dalam pendengaran awam ICJ mengenai Palestin di The Hague bertujuan menambah tekanan antarabangsa ke atas Israel.
- Langkah ini meningkatkan imej Malaysia sebagai jurubicara umat Islam dan negara Global Selatan yang memperjuangkan keadilan.
- Malaysia juga mengukuhkan solidariti dunia Islam dan negara berkecuali dalam mendesak tindakan konkrit ke atas Israel.
"Malaysia berpotensi menjadi pemangkin untuk gerakan lebih teratur kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), The Non-Aligned Movement (NAM) dan juga dalam blok Global South (Selatan Global) untuk menuntut tindakan konkrit ke atas Israel, "katanya dalam Pantau Agenda Reformasi terbitan Astro AWANI pada Isnin.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, prosiding disertai Malaysia itu adalah mengenai Kewajipan Israel berhubung dengan Kehadiran dan Aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Antarabangsa lain, serta Negara Ketiga dalam dan berhubung dengan Wilayah Palestin yang Diduduki.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia, diiringi oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Luar Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara dan Kedutaan Besar Malaysia di The Hague.
Azalina dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada 11.00 malam 28 April 2025 waktu Malaysia.
Ini menandakan penyertaan ketiga Malaysia dalam prosiding Pendapat Penasihat ICJ berkaitan Palestin, berikutan penglibatan sebelumnya pada 2004 dan 2024.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami