awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan Ukraine akan perkuat NATO - Zelenskyy

Bernama
Bernama
15/06/2023
12:52 MYT
Penyertaan Ukraine akan perkuat NATO - Zelenskyy
Zelensky berkata beliau telah berbincang dengan Presiden Poland Andrzej Duda pada Rabu mengenai sidang kemuncak NATO di Vilnius pada Julai nanti. - Gambar fail/AP
KIEV: Presiden Volodymyr Zelenskyy sekali lagi menggesa Ukraine segera menyertai NATO di tengah-tengah pencerobohan Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Zelensky berkata beliau telah berbincang dengan Presiden Poland Andrzej Duda pada Rabu mengenai sidang kemuncak NATO di Vilnius pada Julai nanti.
"Inilah masanya untuk menghancurkan andaian Rusia bahawa seseorang dalam NATO masih takut dengan Rusia.
"Andaian sebegitu menyemarakkan lagi cita-cita agresif Rusia. Kita mesti dan boleh menghalangnya," kata Zelensky.
Beliau berkata penyertaan Ukraine ke dalam NATO akan menguatkan lagi organisasi itu.
Zelensky turut menyentuh mengenai persiapan persidangan pembangunan semula Ukraine di London.
Beliau berkata apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk membangunkan semula Ukraine.
"Apabila pembangunan semula dapat dilakukan, bukan sahaja dapat menewaskan penceroboh, malah idea pencerobohan juga," katanya.
Beliau sekali lagi mengkritik kurangnya penguatkuasaan sekatan terhadap Rusia, melihat kepada insiden serangan peluru berpandu Rusia di bandar pelabuhan Odessa.
Banyak komponen peluru berpandu ini datang dari negara lain dan andai sekatan itu dikuatkuasakan secara konsisten, Rusia tidak lagi mampu membedil Ukraine, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
#NATO
#sekatan Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan