awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Imran Khan akan dibicara di bawah undang-undang tentera

Bernama
Bernama
17/05/2023
11:54 MYT
Penyokong Imran Khan akan dibicara di bawah undang-undang tentera
Pemimpin tertinggi politik dan tentera Pakistan berikrar tidak berlembut terhadap mereka yang terlibat dalam serangan di kemudahan keselamatan. -Gambar fail/AP
ISLAMABAD: Beribu-ribu penyokong bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan akan dibicara di bawah undang-undang tentera negara itu berikutan rusuhan ganas yang disusuli penahanannya minggu lalu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pemimpin tertinggi politik dan tentera Pakistan "berikrar tidak berlembut terhadap mereka yang terlibat dalam serangan di kemudahan keselamatan," kata kenyataan pejabat perdana menteri.
"Tidak akan ada toleransi terhadap keganasan dan perbuatan jenayah," kata kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
Jawatankuasa itu terdiri daripada ketua tentera dan perisikan yang diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan keganasan.
Lebih 4,000 penyokong Khan ditangkap selepas mereka menyerbu ibu pejabat tentera, membakar kediaman seorang komander, dan membakar kenderaan awam dan persendirian, menurut polis.
Khan yang disingkirkan tahun lalu oleh parlimen melalui undi tidak percaya ditahan oleh badan anti rasuah atas tuduhan rasuah minggu lalu, namun mahkamah memerintahkan pembebasannya selepas dua hari.
Perbicaraan rahsia di bawah undang-undang kontroversi tentera bermakna ketelusan yang sedikit dan proses rayuan yang panjang dan rumit di mahkamah awam, kata Rizwan Khan, seorang peguam yang berpangkalan di Islamabad.
Keputusan untuk membicarakan orang awam di bawah undang-undang tentera ditentang oleh beberapa ahli politik dari parti kerajaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan (HRCP).
"HRCP menentang keras penggunaan Akta Tentera Pakistan 1952 dan Akta Rahsia Rasmi 1923 untuk membicarakan orang awam," kata kumpulan hak asasi negara itu di media sosial.
Khan sendiri menyokong perbicaraan terhadap orang awam di bawah undang-undang tentera semasa memegang jawatan perdana menteri antara 2018 dan 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#undang-undang tentera
#rusuhan ganas
#tentera pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan