awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan takhta di Belgium

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2013
05:50 MYT
Peralihan takhta di Belgium
Raja Belgium, Albert akan menyerahkan takhta kepada anaknya, Philippe yang berdepan tugas besar memastikan perpecahan tidak berlaku selepas pilihan raya umum yang dijadual tahun depan.
Upacara peralihan takhta itu bakal berlangsung pada Ahad dan rakyat Belgium terus berharap institusi diraja akan terus memainkan peranan menjadi pengimbang kepada tuntutan politik.
Berusia 79 tahun, Raja Albert memegang takhta selama 20 tahun dan baginda mengumumkan turun takhta pada 3 Julai lalu.
Sejak itu, baginda membuat lawatan perpisahan di bandar utama di Belgium.
Putera Philippe yang bakal menjadi Raja Belgium berdepan cabaran besar dalam memastikan negara itu tidak berpecah dua susulan tuntutan kemerdekaan penduduk Flemish berbahasa Belanda dan rakyat yang berbahasa Perancis.
Parti dikuasai Flemish mahu memanfaatkan pilihan raya sepenuhnya bagi mencapai matlamat mereka.
Dengan itu, kuasa institusi diraja Belgium sangat penting pasca pilihan raya Mei 2014 sebagai kuasa pengimbang dan jururunding ke arah pembentukan kerajaan baru.
Pilihan raya terakhir pada 2010 menyaksikan Belgium tanpa kerajaan selama 541 hari disebabkan kegagalan pihak yang menang bersetuju mengenai pembentukan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Putera Philippe
#raja belgium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan