Perancis buka semula ekonomi dan sempadan

Astro Awani
Jun 14, 2020 23:09 MYT
Macron menegaskan, Perancis menolak diskriminasi kaum dan akan melihat kembali hubungannya dengan benua Afrika. (Foto AP/Fail)
PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron membuka semula semua restoran dan ekonomi negara berkenaan untuk mempercepatkan pemulihan pasca COVID-19.
Menurutnya, restoran di Paris akan boleh mula beroperasi bermula hari ini pada masa perniagaan yang lain sudah mula beroperasi.
Dalam masa yang sama, semua sekolah akan mula dibuka bermula pada 22 Jun.
Perancis turut membuka semua sempadan kepada negara Eropah lain bermula tengah malam Isnin. Pelancong dari benua lain akan boleh mula masuk ke negara itu bermula 1 Julai.
BACA: Tugu peringatan Christopher Columbus dibakar, dihumban dalam tasik
BACA: Protes George Floyd: Lagi tugu tokoh imperialis dialihkan di UK
Dalam masa yang sama, Macron menegaskan, Perancis menolak diskriminasi kaum dan akan melihat kembali hubungannya dengan benua Afrika.
Namun menurutnya, Perancis tidak akan menurunkan tugu memperingati tokoh era kolonial. Tegasnya, Perancis tidak akan menulis atau memadam sejarah.
#Afrika #buka semula #COVID-19 #diskriminasi kaum #ekonomi #Emmanuel Macron #Paris #pelancong #Perancis #presiden #restoran #sekolah #sempadan #tugu