awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2020
01:03 MYT
Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit
Jean-Yves Le Drian. - Gambar fail REUTERS
MENTERI Luar Perancis Jean-Yves Le Drian mendakwa Britain sedang berusaha untuk memecahbelahkan warga Eropah dalam isu berkaitan Brexit.
Ini kerana, menurutnya, Kesatuan Eropah (EU) dan Britain masih buntu dalam perbincangan mereka mengenai hubungan perdagangan di masa depan selepas tempoh keluar (Brexit) pada 31 Disember ini.
Beliau bagaimanapun berkata, 27 negara Eropah tetap bersatu.
Jelasnya, hanya tinggal dua bulan tempoh masa Brexit dan ia tidak berjalan dengan lancar, membuatkan ia dalam keadaan terdesak.
Reaksi Le Drian itu susulan kenyataan Ketua Perunding Brexit UK David Frost bahawa negara itu tidak takut untuk keluar jika EU tidak beralah dalam isu-isu penting.
Frost dan rakan sejawatnya dari EU, Michel Barnier, dijangka bertemu di London pada Selasa untuk rundingan pusingan kelapan sejak Britain meninggalkan blok 27 negara itu pada 31 Januari.
Kedua-dua pihak sedang berusaha mencapai kesepakatan baru mengenai perdagangan, keselamatan dan isu-isu lain, namun ia menemui jalan buntu.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Brexit
#Britain
#EU
#Jean-Yves le Drian
#Kesatuan Eropah
#keselamatan
#kesepakatan
#London
#Menteri Luar
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan