awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN tumpaskan cubaan seludup gula, minyak masak di pangkalan haram
Serbuan terhadap kerja haram catat rekod tertinggi seluruh UK
Indonesia mula operasi pengubahsuaian cuaca kurangkan risiko banjir di Jakarta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis perkenal semula perkhidmatan ketenteraan secara sukarela

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2025
00:10 MYT
Perancis perkenal semula perkhidmatan ketenteraan secara sukarela
Macron melancarkan perkhidmatan ketenteraan kebangsaan baharu ketika berucap kepada anggota tentera di pangkalan tentera di Varces, Pergunungan Alps, Perancis. - Foto AP
VARCES: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan pelaksanaan semula bentuk perkhidmatan ketenteraan kebangsaan secara sukarela, 25 tahun selepas sistem wajib askar (conscription) dimansuhkan pada tahun 2001.

Ringkasan AI
  • Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengumumkan pelaksanaan semula perkhidmatan ketenteraan kebangsaan secara sukarela 25 tahun selepas sistem wajib askar dimansuhkan pada tahun 2001.
  • Program baharu ini akan melibatkan belia berusia 18 dan 19 tahun, dengan latihan selama 10 bulan hanya di dalam negara, bertujuan memperkukuh pertahanan negara dan semangat patriotik.
  • Langkah ini dipandang sebagai usaha Perancis untuk menghadapi ancaman keselamatan serantau, khususnya dari Rusia, serta memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda dengan merangkumi latihan ketenteraan asas, khidmat masyarakat, dan pembangunan sivik.

Dalam ucapan di pangkalan tentera Varces di Pergunungan Alps, Macron berkata program baharu itu akan bermula secara berperingkat mulai musim panas tahun depan, melibatkan belia berusia 18 dan 19 tahun.
Mereka akan menyertai latihan selama 10 bulan dan hanya akan ditempatkan di dalam negara.
“Inilah masa untuk membina semula semangat patriotik dan kesiapsiagaan negara. Dalam dunia yang tidak menentu, kita tidak boleh leka atau berpecah,” kata Macron sambil menekankan ancaman keselamatan serantau yang semakin meningkat, khususnya dari Rusia.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Perancis untuk memperkukuh pertahanan negara dan memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda.
Program ini juga dijangka merangkumi latihan ketenteraan asas, khidmat masyarakat, dan pembangunan sivik.
Perancis sebelum ini menamatkan sistem wajib askar pada tahun 2001, selepas lebih setengah abad diamalkan.
Namun, kebimbangan terhadap keselamatan Eropah pasca pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mencetuskan semula perbincangan mengenai keperluan memperkukuh pertahanan awam.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#perkhidmatan kententeraan
#sukarela
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan