PARIS: Perancis kini diletakkan di bawah amaran keselamatan tahap tertinggi selepas penyerang menikam seorang guru hingga mati dan mencederakan tiga yang lain di bandar Arras, utara Perancis, lapor Xinhua.
Serangan itu berlaku sekitar 11 pagi waktu tempatan (0900 GMT) pada Jumaat di Sekolah Tinggi Gambetta.
"Dalam konteks semasa dan selepas serangan pengganas di Arras, saya telah memutuskan untuk meningkatkan keselamatan (persediaan) kepada tahap darurat serangan," tulis Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne di media sosial.
Bercakap kepada televisyen TF1, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin berkata terdahulu pada Jumaat kerajaan akan menggerakkan "beberapa ribu lagi" pasukan keselamatan untuk memantau lokasi orang ramai berkumpul.
Mengenai suspek yang melakukan serangan dengan pisau itu, Darmanin berkata individu tersebut berusia kira-kira 20 tahun dan telah dikenal pasti oleh perkhidmatan keselamatan Perancis sebagai imvidu yang terlibat dengan aktiviti radikal.
"Kami mengesyaki sesuatu," kata menteri itu, sambil menambah bahawa telefon lelaki itu telah dipantau selama beberapa hari sebelum kejadian tetapi tidak ada petunjuk mengenai rancangan serangan.
Pendakwa raya kes antikeganasan Jean-Francois Ricard memberitahu sidang media pada Jumaat bahawa penyerang itu adalah bekas pelajar sekolah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Pada Jumaat, kerajaan akan menggerakkan "beberapa ribu lagi" pasukan keselamatan untuk memantau lokasi orang ramai berkumpul. - Reuters
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya
Barner dipaksa meletakkan jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Mbappe tidak mahu bermain untuk Perancis lagi
Mbappe sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis, menurut laporan beberapa media di Eropah.
Serangan sengaja Israel terhadap anggota pengaman PBB tidak boleh diterima - Perancis
Perancis pada Jumaat mengecam serangan Israel ke atas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di selatan Lubnan.
Perancis kesal Parlimen Israel lulus undang-undang larang operasi UNRWA
Perancis berjanji akan terus menyokong UNRWA dan agensi PBB lain yang membantu penduduk Palestin, serta memastikan pelaksanaan pembaharuan yang diperlukan untuk menjamin keberkecualian UNRWA.
UNL: Perancis kenduri gol ratah Israel
Eduardo Camavinga menjaringkan gol seawal minit keenam namun Omri Gandelman menyamakan kedudukan apabila tandukannya menewaskan Mike Maignan.