awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis tekad iktiraf negara Palestin - Menteri Luar

BantahTPPA
BantahTPPA
23/06/2025
10:52 MYT
Perancis tekad iktiraf negara Palestin - Menteri Luar
Jean-Noel Barrot mengulangi gesaan Perancis agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk segera ke Gaza serta pembebasan semua tawanan. - Reuters
LONDON: Menteri Luar Perancis pada Isnin menegaskan bahawa negaranya tetap bertekad untuk mengiktiraf negara Palestin "dalam gerakan kolektif", sambil menegaskan tiada apa yang patut membuat dunia lupa apa yang berlaku di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap kepada media sebelum Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Jean-Noel Barrot turut mengulangi gesaan Perancis agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk segera ke Gaza serta pembebasan semua tawanan.
Beliau turut memaklumkan bahawa para menteri luar negara-negara anggota EU akan membincangkan Perjanjian Persatuan atau "Association Agreement" antara Israel dan blok itu, sambil merujuk laporan EU yang menunjukkan bahawa Israel berkemungkinan melanggar komitmen hak asasi manusia di bawah Artikel 2 perjanjian itu.
"Kami tetap bertekad untuk mengiktiraf negara Palestin melalui satu gerakan kolektif yang melibatkan semua pihak berkepentingan dan bertujuan membuka jalan ke arah penyelesaian politik bagi konflik Palestin-Israel," katanya.
Sementara itu, Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares turut menyeru agar Perjanjian Persatuan EU-Israel digantung.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas itu dijangka turut membincangkan isu perang Rusia-Ukraine, hubungan dengan China, serta perkembangan semasa di Timur Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#iktiraf
#Palestin
#bantuan kemanusiaan
#Jean-Noel Barrot
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan