awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2025
00:30 MYT
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
Macron berkata pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak €20 bilion atau kira-kira RM97 bilion dalam projek AI di Perancis. - Foto fail/REUTERS
PARIS: Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar €109 bilion atau kira-kira RM530 bilion dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Menurut presidennya Emmanuel Macron, pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak €20 bilion atau kira-kira RM97 bilion dalam projek AI di Perancis.
Ini termasuk pembiayaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berpotensi mencecah €50 bilion dalam beberapa tahun akan datang.
Menurut Istana Elysee, pelaburan dari UAE akan merangkumi pembiayaan bagi sebuah pusat data berkapasiti 1 gigawatt.
Akhbar La Tribune de Dimanche melaporkan bahawa sebahagian besar pelaburan Brookfield dijangka turut disalurkan kepada pembangunan pusat data.
AI memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk mengoperasikan pusat data berskala besar dan Eropah dilihat berdepan cabaran dalam memenuhi permintaan tenaga masa depan.
Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa OpenAI, Softbank Group, dan Oracle akan melabur dalam infrastruktur AI sepanjang empat tahun akan datang bagi memastikan AS kekal mendahului China dan pesaing global lain dalam perlumbaan AI.
Topic Berkaitan
#AI
#pelaburan
#Emmanuel Macron
#pusat data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan