DUNIA
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis

Intan Murnira berkata, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan WTO. - foto hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Ringkasan AI
- Kepatuhan kepada Piagam ASEAN dan Peraturan WTO: ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai rantau dagang yang stabil dan adil.Menggalakkan Dialog dan Diplomasi: ASEAN harus terus menggalakkan dialog dan diplomasi dalam Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN untuk menunjukkan kestabilan dan keadilan dalam perdagangan global.Menjaga Hubungan Baik dan Sensitiviti: ASEAN perlu mengelakkan tindakan yang boleh merosakkan hubungan baik dengan negara lain dan sentiasa bersedia untuk berunding demi kepentingan bersama.
“Ini kita mesti pegang dan tetap dengan prinsip. Dengan itu, kita boleh tunjukkan kepada negara luar bahawa ASEAN menawarkan perdagangan global yang stabil dan adil. Dari segi Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN, jelas menunjukkan bahawa ASEAN menggalakkan dialog dan diplomasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Intan Murnira turut memberi amaran agar ASEAN tidak mencetuskan sebarang tindakan yang boleh merosakkan hubungan baik dengan mana-mana negara di seluruh dunia. Sebaliknya beliau menegaskan kepentingan untuk sentiasa terbuka untuk berunding demi kepentingan bersama.
“Kita berkawan dengan semua orang. Jangan bakar sebarang jambatan dan bersedia untuk mengadakan rundingan. Kita juga perlu cakna dengan sensitiviti dan pendekatan yang sesuai dengan negara kita. Jangan terbuai dengan cara-cara Eropah,” ujarnya lagi.
Pada Sabtu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif kepada import daripada Kanada dan Mexico sebelum kemudiannya ditangguhkan pelaksanaan tarif berkenaan selepas dibantah negara jiran republik itu.
Tindakan tersebut telah membangkitkan kebimbangan dalam kalangan ekonomi-ekonomi utama dunia termasuk China, United Kingdom, Jerman dan Kesatuan Eropah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami