awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal

Faida Rahim
Faida Rahim
03/11/2022
22:15 MYT
Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal
Malaria membunuh lebih 620,000 orang pada 2020 dan menyebabkan 241 juta jatuh sakit terutamanya kanak-kanak di bawah lima tahun di Afrika. - Foto PEXELS
MALI: Sebuah kajian baharu di Afrika mendapati pemberian satu dos ubat eksperimen melindungi orang dewasa daripada penyakit malaria sekurang-kurangnya dalam enam bulan dilaporkan merupakan pendekatan dalam memerangi penyakit itu.
Memetik laporan The Manila Times, kajian itu menguji pendekatan yang sangat berbeza dengan memberi orang ramai antibodi melawan malaria buatan makmal dan bukan bergantung pada sistem imun.
"Vaksin yang ada tidak cukup melindungi," kata Dr Kassoum Kayentao dari Universiti Sains, Teknik dan Teknologi di ibu kota Mali, Bamako mengetuai kajian di kampung Kalifabougou dan Torodo.
Kajian turut menunjukkan penduduk di kampung itu digigit nyamuk yang dijangkiti secara purata dua kali sehari.
Menerusi eksperimen yang dijalankan oleh penyelidik di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, penduduk diberi suntikan namun sukar dijalankan secara besar-besaran. Penemuan mendapati versi suntikan dilihat lebih mudah dipantau saintis yang sama yang dalam ujian awal pada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Untuk info, malaria membunuh lebih 620,000 orang pada 2020 dan menyebabkan 241 juta jatuh sakit terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah lima tahun di Afrika.
Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan vaksin malaria pertama yang dibenarkan untuk kanak-kanak dengan kira-kira 30 peratus berkesan namun memerlukan empat dos.
Menurut laporan, antibodi berfungsi dengan memecahkan kitaran hidup parasit yang disebarkan melalui gigitan nyamuk. Ia menyasarkan parasit yang belum matang sebelum mereka memasuki hati yang berpotensi membiak.
Kajian ini melibatkan 330 orang dewasa di Mali yang mendapat salah satu daripada dua dos antibodi yang berbeza atau infusi palsu. Kesemuanya diuji untuk jangkitan malaria setiap dua minggu selama enam bulan.
Antibodi buatan makmal turut digunakan untuk merawat kanser, penyakit autoimun dan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#jangkitan
#suntikan
#malaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan