APEC 2025: Malaysia kukuhkan peranan global, jadi tumpuan pemimpin dunia - Mohamad

Mohamad hadir dalam sidang media mengakhiri lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 di sini, hari ini. - Foto Bernama
GYEONGJU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan pemimpin dunia pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 di sini, mencerminkan peningkatan pengaruh Malaysia di pentas antarabangsa.
Ringkasan AI
- Kehadiran Perdana Menteri menarik perhatian pemimpin dunia di bilik menunggu APEC 2025, mencerminkan penghormatan tinggi terhadap Malaysia.
- Pemimpin seperti Presiden China Xi Jinping dan Presiden Mexico mengucapkan tahniah atas kejayaan Malaysia memimpin ASEAN dan usaha perdamaian serantau.
- Malaysia akan terus memperkukuh multilateralisme, meluaskan kerjasama APEC ke Afrika dan Amerika Latin, serta membawa momentum ini ke pentas G20 dengan pendekatan diplomasi berhemah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengakhiri lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 di sini, hari ini.
Mohamad berkata, kejayaan Malaysia memimpin ASEAN tahun ini turut menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan profil negara dalam kalangan kuasa-kuasa besar dunia.
Sementara itu, Anwar dalam sidang media sama berkata, pengiktirafan terhadap Malaysia turut dizahirkan oleh beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Mexico yang menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Malaysia memimpin ASEAN, termasuk dalam usaha perdamaian di Kamboja dan Thailand.
“Presiden Jinping menyampaikan ucapan tahniah setinggi-tingginya kepada kita atas kejayaan ASEAN. Saya terharu kerana hampir semua pemimpin yang saya temui, termasuk dari China, Mexico dan Emiriah Arab Bersatu, menyatakan penghargaan terhadap peranan Malaysia,” katanya.
Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh semangat multilateralisme dan memperluas jaringan kerjasama APEC ke rantau lain termasuk Afrika dan Amerika Latin.
Beliau berkata, kejayaan Malaysia di APEC akan diteruskan ke pentas G20, dengan pendekatan diplomasi senyap dan berhemah yang menjadi kekuatan utama negara dalam hubungan antarabangsa.
“Kita akan teruskan momentum ini. Diplomasi kita bukan bersifat konfrontasi, tetapi berasaskan prinsip dan nilai. Ini yang dihargai oleh rakan-rakan antarabangsa,” katanya.
Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan menghimpunkan 21 pemimpin ekonomi Asia-Pasifik, termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping dan jemputan lain di luar APEC.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


