awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan 'senyap' pro-Palestin akan diadakan di Basel sempena Eurovision

Bernama
Bernama
14/05/2025
11:59 MYT
Perarakan 'senyap' pro-Palestin akan diadakan di Basel sempena Eurovision
Perarakan secara "senyap" di Basel itu adalah bagi membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision. - AP
BASEL: Penunjuk perasaan pro-Palestin merancang untuk mengadakan perarakan secara "senyap" di Basel pada Rabu bagi membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision, lapor PA Media/dpa.
Kumpulan tempatan, Basel for Palestine, menggesa para peserta perarakan agar tidak melaungkan sebarang "slogan atau kata-kata" semasa mereka berarak di bandar tuan rumah Switzerland itu bersempena ulang tahun penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948.
"Pada malam Hari Nakba, kami menjemput anda semua untuk menyertai perarakan senyap di seluruh bandar Basel," menurut kenyataan kumpulan itu di media sosial.
Hari Nakba memperingati detik pada 1948 apabila kira-kira 750,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal susulan penubuhan negara Israel.
Lebih banyak protes pro-Palestin dijangka diadakan pada Sabtu malam, selepas tunjuk perasaan semasa majlis perasmian pada Ahad lepas.
Penyiar dari beberapa negara seperti Sepanyol, Ireland dan Iceland telah menggesa agar isu penyertaan Israel dalam pertandingan itu dibincangkan, dan pada Selasa, pertubuhan amal Oxfam menyiarkan video kempen bertajuk Speak Up For Palestine melalui penyiar Eurovision Belgium, VRT.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perarakan senhyap
#pro-Palestin
#penyertaan israel
#Eurovision
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan