awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan penyanyi rap Diddy akan bermula seperti dijadualkan

Bernama
Bernama
19/04/2025
13:24 MYT
Perbicaraan penyanyi rap Diddy akan bermula seperti dijadualkan
Perbicaraan ke atas Diddy akan bermula pada 5 Mei seperti dirancang, dan dijangka berlangsung antara lapan hingga 10 minggu. - Reuters
PERBICARAAN kes persekutuan terhadap penyanyi rap Amerika Syarikat, Sean "Diddy" Combs akan diteruskan seperti yang dijadualkan bulan depan, walaupun pihak pembelaan memohon penangguhan, lapor NBC News yang memetik keputusan hakim, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Hakim Arun Subramanian dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan Manhattan pada Jumaat berkata perbicaraan akan bermula pada 5 Mei seperti dirancang, dan dijangka berlangsung antara lapan hingga 10 minggu.
Peguam bela Combs telah memohon penangguhan selama dua bulan, namun hakim berpendapat pihak pembelaan telah diberi masa mencukupi untuk membuat persiapan dan menolak permohonan itu, menurut laporan NBC News.
Hakim turut menegaskan beliau tidak akan membenarkan sebarang "eksplorasi rambang" bagi mendapatkan bukti tambahan.
Combs telah beberapa kali disaman atas dakwaan serangan seksual. Kesalahan itu dipercayai berlaku antara tahun 2000 hingga 2022 di New York, Los Angeles dan Las Vegas. Combs mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sean Combs
#P Diddy
#perbicaraan
#Mahkamah Persekutuan
#jenayah seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan