awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan dua hala AS-Rusia mungkin temui jalan buntu

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2022
01:17 MYT
Perbincangan dua hala AS-Rusia mungkin temui jalan buntu
Setiausaha Negara Antony Blinken berucap di bilik taklimat Jabatan Negara di Washington, 7 Jan 2022. (Foto AP)
SUSULAN konflik di Ukraine dan keadaan di Eropah pasca-Perang Dingin, Amerika Syarikat dan Rusia mengadakan perbincangan kritikal.
Ia bagi membentuk masa depan bukan sahaja berkait hubungan kedua-dua negara tetapi hubungan antara Amerika Syarikat dan sekutu NATOnya.
Bagaimanapun, perbezaan ketara pendirian kedua-dua negara menjadi petanda buruk bagi sebarang jenis penyelesaian pantas.
Setiausaha Negara Antony Blinken pada Ahad tanpa berselindung mengakui tidak menjangkakan apa-apa kejayaan dalam masa terdekat mengenai perbincangan berkenaan.
"Untuk mencapai kemajuan sebenar, adalah amat sukar untuk melihatnya apabila keadaan menjadi bertambah buruk.
"Apabila Rusia menghantar 100,000 tentera ke kawasan berhampiran sempadan Ukraine, kemungkinan jumlah itu akan berganda tidak lama lagi.
"Jadi, jika kita melihat keadaan bertambah baik, jika kita melihat pengurangan ketegangan, itulah jenis persekitaran di mana kita boleh membuat kemajuan sebenar dan, sekali lagi, menangani kebimbangan yang munasabah di kedua-dua pihak," katanya.
Pegawai Amerika Syarikat pada Sabtu mendedahkan beberapa butiran pendirian pentadbiran, yang dilihat tidak memenuhi tuntutan Rusia.
Para pegawai berkata pada Sabtu, Amerika Syarikat terbuka kepada perbincangan mengenai mengekang kemungkinan penggunaan peluru berpandu di Ukraine pada masa hadapan dan mengehadkan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan NATO di Eropah Timur, jika Rusia bersedia untuk berundur dari Ukraine.
Bagaimanapun, Rusia mahu rundingan itu menghasilkan jaminan keselamatan yang mengikat secara rasmi bahawa NATO tidak akan berkembang ke timur serta penyingkiran tentera dan senjata Amerika Syarikat dari beberapa bahagian di Eropah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Rusia
#Antony Blinken
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan