awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri baharu Taiwan angkat sumpah

Bernama
Bernama
31/01/2023
09:54 MYT
Perdana Menteri baharu Taiwan angkat sumpah
Chen, 71, dilantik oleh Presiden Tsai Ing-wen pada Jumaat bagi menggantikan Su, 75, yang berkhidmat sebagai perdana menteri sejak Januari 2019. - Gambar/ FB Chen Chien-Jen
TAIPEI: Bekas naib presiden Chen Chien-jen mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Taiwan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Beliau akan mengetuai Kabinet yang baharu dibentuk ketika Parti Progresif Demokratik (DPP) berusaha untuk mendapatkan semula kedudukan berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya tempatan pada November.
Bekas perdana menteri Su Tseng-chang pada Isnin mengetuai barisan Kabinetnya meletak jawatan dalam rombakan besar-besaran yang berpunca daripada pretasi buruk DPP dalam pilihan raya.
Chen, 71, dilantik oleh Presiden Tsai Ing-wen pada Jumaat bagi menggantikan Su, 75, yang berkhidmat sebagai perdana menteri sejak Januari 2019.
Beliau berkata keutamaan Kabinet baharunya ialah melaraskan sekatan COVID-19 untuk mengembalikan kehidupan normal dan menghasilkan dasar untuk membantu rakyat dan perniagaan yang bergelut dengan masalah ekonomi akibat pandemik.
Selain itu, lebih banyak tindakan akan diambil untuk memajukan daya tahan dan daya saing Taiwan seperti meningkatkan infrastruktur dan menambah baik program kebajikan sosial.
Dalam Kabinet baharu itu, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri, pertahanan dan dasar rentas selat masih mengekalkan muka lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taiwan
#Perdana Menteri
#Chen Chien-jen
#perdana menteri baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan