awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Itali Mario Draghi letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2022
00:50 MYT
Perdana Menteri Itali Mario Draghi letak jawatan
Draghi kini perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan ahli parlimen untuk kekal sebagai Perdana Menteri. - Foto REUTERS
ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi umum letak jawatan, selepas rakan dalam pakatan kerajaan, Five Star, menarik sokongan mereka dalam undi percaya.
Dalam kenyataannya, Draghi memberitahu beliau sudah kehilangan sokongan pakatan yang memerintah kerajaan.
Peletakan jawatan Draghi bagaimanapun tidak diterima Presiden Itali.
Bekas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) ini mengetuai kerajaan perpaduan sejak Februari 2021.
Presiden Sergio Mattarela lantik Draghi untuk mengetuai proses pemulihan pasca pandemik COVID-19 dan menyelamatkan negara itu daripada ketidakstabilan endemik.
Draghi kini perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan ahli parlimen untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Perkembangan politik ini tercetus selepas pemimpin parti Five Star, Giuseppe Conte enggan menyokong pakej bantuan ekonomi bernilai 23 bilion Euro.
Conte mendakwa Draghi tidak melakukan yang sebaiknya untuk menangani isu kos sara hidup yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Mario Draghi
#letak jawatan
#Perdana Menteri
#pakatan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan