awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan antara jiran, warga emas tembak mati kanak-kanak 11 tahun di Perancis

Bernama
Bernama
12/06/2023
05:52 MYT
Pergaduhan antara jiran, warga emas tembak mati kanak-kanak 11 tahun di Perancis
Seorang budak perempuan maut selepas jiran bersenjatakan pistol melepaskan tembakan yang turut mencederakan ibu bapanya. -Gambar hiasan
PARIS: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun maut selepas seorang lelaki berusia 71 tahun bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah jirannya, turut mencederakan ibu bapanya, kata polis pada Isnin.
Tembakan yang dilepaskan lelaki yang berasal dari Belanda itu turut mengakibatkan bapa kanak-kanak berkenaan cedera parah.
Warga emas berkenaan kemudian bertindak mengurung diri di rumah bersama isterinya sebelum dibawa keluar oleh pasukan polis khas.
Insiden itu berlaku di kampung Plonevez-du-Faou, berhampiran bandar Quimper di wilayah Brittany. Menurut media tempatan, mangsa adalah keluarga British.
Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun tidak cedera, menurut pejabat pendakwa raya, tetapi berada dalam keadaan terkejut.
Mengikut siasatan awal, pesara itu tiba-tiba muncul dan melepaskan tembakan beberapa kali ke arah keluarga yang berada di kebun mereka.
Terdapat konflik antara kedua-dua jiran itu selama beberapa tahun berkaitan sebidang tanah yang bersempadan dengan kedua-dua hartanah itu.
Motif sebenar kejadian masih belum diketahui, kata pendakwa raya Carine Halley.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#budak perempuan maut ditembak
#ditembak jiran
#pertelingkahan tanah
#Plonevez-du-Faou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan