awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergolakan di Niger: Pesawat bawa 87 warga asing mendarat di Itali

Bernama
Bernama
02/08/2023
11:15 MYT
Pergolakan di Niger: Pesawat bawa 87 warga asing mendarat di Itali
Pegawai dari unit elit Niger, Jeneral Omar Tchiani, menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum pada minggu lepas. - Gambar fail/ Reuters
ROM: Sebuah penerbangan yang membawa keluar berpuluh-puluh warga asing dari Niger mendarat di Rom pada pagi Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Menteri Luar Itali Antonio Tajani.
Pesawat itu membawa seramai 87 orang, termasuk warga Itali, Amerika Syarikat, Bulgaria dan Austria.
Tajani berkata terdapat hampir 100 warga Itali menetap di Niger.
Beberapa pesawat lain turut dijadual berlepas lewat malam Selasa.
Perancis menawarkan untuk memindahkan warga dari negara Eropah, dengan Kementerian Luar Jerman di Berlin menasihatkan rakyatnya di Niger supaya menerima tawaran itu.
Paris bertindak membawa keluar rakyatnya berikutan penutupan ruang udara Niger yang berisiko menyebabkan ramai mungkin akan terkandas.
Negara Eropah yang lain juga mula membawa keluar rakyat masing-masing berikutan pergolakan itu.
Pegawai dari unit elit Niger, Jeneral Omar Tchiani, menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum pada minggu lepas. Pada Jumaat, Tchiani melantik dirinya sebagai pemerintah baharu dan menggantung perlembagaan negara serta membubarkan semua institusi berperlembagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Niger
#warga asing
#Pergolakan
#ruang udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan