awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan tabligh di Indonesia ditangguh

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2020
01:45 MYT
Perhimpunan tabligh di Indonesia ditangguh
Perhimpunan jemaah tabligh di Sulawesi, Indonesia ditangguh susulan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19. -Gambar fail
Perhimpunan jemaah tabligh di Sulawesi, Indonesia ditangguh susulan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19.
Pihak berkuasa dan penganjur mencapai kata putus untuk menangguhkan acara yang dijadual berlangsung di Gowa berhampiran bandar Makassar selepas acara sama di Malaysia mencetuskan ratusan kes jangkitan koronavirus tersebut.
BACA: Rakyat Malaysia dipercayai sertai perhimpunan tabligh di Sulawesi
Pemerintah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo menjelaskan Perhimpunan Tabligh Sulawesi ditunda dan ribuan peserta dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke kediaman atau negara masing-masing.
"Kami juga bersetuju untuk mengasingkan mereka sementara di lokasi dan mengatur jadual kembali masing-masing," kata Adnan dalam akaun Instagramnya @adnanpurichtaichsan.
Adnan menambah bahawa pihaknya juga telah menghantar pasukan kesihatan ke lokasi kejadian untuk memeriksa dan menyembur pembasmi kuman untuk mencegah penyebaran COVID-19.
BACA: Kisah jemaah tabligh Masjid Sri Petaling dikuarantin COVID-19
Sejumlah 83 rakyat Malaysia dilapor berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang surat keizinan (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac, dan dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, akhirnya sepakat Ijtima dunia ditunda/dibatalkan pelaksanaannya.. Tidak henti2nya Kami melakukan komunikasi dan kordinasi dgn pihak panitia inti, sampai Pak Dandim dan Pak Kapolres tidak pulang2 terus melakukan lobby.. Kita juga sepakat untuk mengisolasi sementara mereka di lokasi, sampai menyusun jadwal kepulangan masing2.. Pemda tadi pagi sdh mengirim tim kesehatan untuk memeriksa dan melakukan penyemprotan disinfectan, Insya Allah besok Kami lanjutkan lagi.. Semoga kita semua selalu dlm lindungan Allah SWT.. Aamiin
Topic Berkaitan
#COVID-19
#himpunan tabligh
#Jemaah tabligh
#koronavirus
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan