awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perikatan Sosial Demokrat menangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Iceland

Bernama
Bernama
01/12/2024
15:53 MYT
Perikatan Sosial Demokrat menangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Iceland
Kristrún Mjöll Frostadóttir, pemimpin parti Samfylking, Sosial Demokrat, ditemuramah oleh sebuah stesen TV Iceland di Reykjavik, pada Sabtu, 30 Nov 2024, sewaktu penutupan pusat mengundi. - Foto AP/Marco di Marco
HELSINKI: Keputusan Pilihan Raya Parlimen Iceland yang diumumkan pada Ahad menunjukkan perikatan pembangkang Sosial Demokrat muncul sebagai parti dengan kerusi terbanyak selepas meraih sembilan lagi kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan 15 kerusi, lapor Xinhua.
Parti Pembaharuan Liberal juga mencatatkan kemajuan signifikan, memenangi 11 kerusi, meningkat sebanyak enam kerusi. Parti Rakyat meraih empat kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 10, manakala Parti Pusat menambah lima kerusi, membawa jumlahnya kepada lapan.
Tiga parti dalam gabungan pemerintah semasa mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya ini, dengan hanya memperoleh 19 kerusi. Parti Kemerdekaan, yang dipimpin Perdana Menteri yang akan bersara, Bjarni Benediktsson, kehilangan dua kerusi dan hanya tinggal 14 kerusi. Parti Progresif kehilangan lapan kerusi, tinggal dengan hanya lima kerusi sementara Gerakan Kiri-Hijau tersingkir daripada parlimen, setelah kehilangan kesemua lapan kerusinya.
Menurut Perlembagaan dan Undang-undang Pilihan Raya Iceland, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya majoriti 32 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 63 kerusi. Dengan tiada parti yang mencapai majoriti mutlak, perundingan sebuah kerajaan campuran antara beberapa parti akan menjadi penting untuk membentuk kerajaan seterusnya.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Sosial Demokrat
#Pilihan Raya Parlimen Iceland
#social democratic alliance
#menangi kerusi terbanyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan