awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian nuklear: Iran selar Eropah gagal tawar penyelesaian

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2021
22:51 MYT
Perjanjian nuklear: Iran selar Eropah gagal tawar penyelesaian
Ali Bagheri Kani mendakwa pihak Eropah gagal menghasilkan sebarang inisiatif untuk menyelesaikan perbezaan berhubung pemansuhan sekatan ke atas Iran. -Twitter@Branscheidt
IRAN menyelar negara-negara Eropah kerana gagal menawarkan cadangan membina sekali gus membantu memulihkan perjanjian nuklear 2015.
Kenyataan Tehran menyusul selepas Britain berkata masih ada masa untuk republik itu menyelamatkannya tetapi ia adalah peluang terakhir.
Rundingan disambung semula di Vienna untuk cuba memulihkan pakatan nuklear dengan kedua-dua pihak cuba mengukur prospek kejayaan selepas perbincangan terkini.
Bagaimanapun, kata perunding utama Iran, Ali Bagheri Kani, pihak Eropah gagal menghasilkan sebarang inisiatif untuk menyelesaikan perbezaan berhubung pemansuhan sekatan ke atas Iran.
Beliau merujuk kepada Britain, Perancis dan Jerman yang merupakan antara kuasa besar yang cuba menyelamatkan perjanjian itu.
Pada awal pagi Ahad, Setiausaha Luar Britain, Liz Truss berkata ini adalah peluang terakhir bagi Iran untuk hadir ke meja rundingan dengan penyelesaian serius untuk isu itu yang perlu bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian nuklear.
Jerman pada Sabtu berkata, masa semakin suntuk untuk mencari jalan untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015.
Bercakap selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari negara G7 di Liverpool, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock berkata Iran telah menyambung semula rundingan dengan kedudukan yang meletakkan rundingan itu mundur enam bulan.
Di bawah perjanjian asal nuklear bersama iran yang kemudian ditinggalkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan Iran perlu mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan untuk pelepasan daripada sekatan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Topic Berkaitan
#perjanjian nuklear
#Ali Bagheri Kani
#Liz Truss
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan