Skip to main content

Dunia

Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan

A post on U.S. President Donald Trump's Truth Social account depicts an AI-generated image of himself apparently as Jesus posted on April 12, 2026.  @realDonaldTrump/Truth Social/Handout via REUTERS THIS AI-GENERATED IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. IT IS DISTRIBUTED, EXACTLY AS RECEIVED BY REUTERS, AS A SERVICE TO CLIENT
Presiden Trump memadam imej di media sosial yang kelihatan menggambarkan dirinya -sebagai Nabi Isa selepas menerima bantahan daripada pemimpin agama yang menuduhnya melakukan penghinaan agama. - Gambar Reuters@realDonaldTrump/Truth Social

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin memadamkan satu imej di media sosial yang kelihatan menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa selepas menerima bantahan daripada pemimpin agama yang menuduhnya melakukan penghinaan agama.

Imej yang dimuat naik di platform Truth Social milik Trump itu menunjukkan beliau memakai jubah merah dan putih yang berkibar, menyentuh dahi seorang lelaki yang kelihatan sakit, dengan cahaya bersinar dari tangan dan kepalanya.

Advertisement

Sebuah bendera Amerika berkibar di latar belakang, sementara beberapa individu lain kelihatan memandang ke arah Presiden dengan penuh rasa hormat.

Gambar janaan kecerdasan buatan (AI) itu dimuat naik lewat malam Ahad dan dipadamkan pada hari Isnin.

Apabila ditanya mengenai hantaran tersebut, Trump menafikan bahawa beliau cuba menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa.

“Saya memang memuat naiknya, dan saya fikir ia menunjukkan saya sebagai seorang doktor dan ada kaitan dengan Palang Merah,” katanya kepada wartawan. 

“Ia sepatutnya menggambarkan saya sebagai seorang doktor yang menyembuhkan orang. Dan saya memang menyembuhkan orang. Saya membuatkan ramai orang menjadi jauh lebih baik.”

Hantaran itu mencetuskan bantahan daripada beberapa tokoh Kristian konservatif terkenal yang merupakan antara penyokong kuat Trump.

“Saya tidak tahu sama ada Presiden menyangka ini kelakar atau jika beliau berada di bawah pengaruh sesuatu bahan, atau apa penjelasan lain yang mungkin bagi penghinaan agama yang TERUK ini,” tulis Megan Basham, seorang wartawan dan pengulas konservatif, di platform X.

“Dia perlu menurunkan hantaran ini dengan serta-merta dan meminta pengampunan daripada rakyat Amerika, kemudian daripada Tuhan.”

Trump sebelum ini pernah menggunakan imejan keagamaan dalam hantarannya.

Semasa perbicaraan kes penipuan bank pada tahun 2023, beliau berkongsi sebuah lakaran daripada penyokong yang menunjukkan dirinya duduk bersebelahan dengan Nabi Isa di dalam mahkamah.

Para penasihatnya juga berulang kali menggambarkannya dalam peranan seakan-akan Nabi Isa.

Dalam satu majlis makan tengah hari Easter di White House pada awal bulan ini, Paula White-Cain, seorang pendakwah televangelis yang berkhidmat sebagai penasihat rohani beliau, menyamakan Trump dengan Nabi Isa.

“Anda dikhianati, ditangkap dan dituduh secara palsu. Ia adalah pola yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Tuhan dan Penyelamat kita.” - Agensi

Must Watch Video